'sihat dan cantik pilihan saya: bom gula'
Showing posts with label bom gula. Show all posts
Showing posts with label bom gula. Show all posts

BOM gula yang perlu anda ketahui


Anda - anda di luar sana mesti menggemari coklat a.k.a apa2 yang berkaitan dengan benda manis bukan..?Siapa yang tak suka benda manis memang rugiii la....sebab apa rugi ??? Sebab manis itu sweet ^_^ .

Gula berada di mana-mana sahaja tanpa kita sedari.Tambah-tambah lagi dalam makanan yang berbungkus.Tapi,anda semua haruslah berwaspada kerana 'bom gula' boleh meletup tanpa anda sedari.

Lengkapkan diri anda untuk info dibawah ini.Jangan bila diri kita dah dihinggapi penyakit 'kencing manis' baru kita nak tersedar.dah terhantuk baru tergandah..Mencegah lebih baik dari merawat :-)

Bar Granola


 yummy !!! cukup mudah diambil sebagai snek makan tengah hari.Malangnya ia bukan saja diperbuat daripada oat tetapi dibungkus bersama 12 gram gula (atau lebih).Lebih baik anda baca dahulu label sebelum membelinya.



JUMLAH PAKET GULA : 3







Buah-buahan kering


     Dengar macam makanan sihat ,tetapi dalam sesetengah kes ia boleh disebut sebagai gula-gula.Makan 1/3 cawan ,anda sebenarnya telah mengambil 24 gram gula.Ia tidak datang daripada buah tetapi daripada gula yang ditambah.Kebanyakan jenama menyenaraikan gula sebagai bahan kedua.




JUMLAH PAKET GULA : 6






Soda


 Rasanya ramai yang sudah maklum mengenai kandungan gula yang tinggi dalam soda.29 gram bagi setiap tin 8 auns.Kalau ditanya kepada doktor,apakah perubahan gaya hidup paling penting dilakukan bagi mengelakkan penyakit kronik.Mesti doktor akan cakap,jangan minum soda !


JUMLAH PAKET GULA : 7









Yogurt buah-buahan


Kelihatan seperti tidak bersalah ,tetapi yogurt buah-buahan merupakan salah satu bom gula yang terbesar.Dengan 19 gram gula,rasanya seperti pemanis mulut.Tapi memang pemanis mulut pom ^_^


JUMLAH PAKET GULA : 5







Sos berbeku


Memang sedap menikmati berbeku dengan sosnya yang lazat..marvelouuuusss gitu ! Namun,tahukah anda,setiap dua sudu besar sos berbeku terkandung 13 gram gula.Dan siapa pula yang makan berbeku dengan hanya dua sudu sos?? Mestilah lah lebih kan..?


JUMLAH PAKET GULA : 3






Minuman bertenaga


 Meneguknya menjadikan anda lebih bertenaga bukan disebabkan kafein tetapi gula.Ada sesetengah minuman bertenaga mengandungi sehingga 83 gram gula.Inilah bom gula yang sebenar !

JUMLAH PAKET GULA : 21

Sos pasta


Dianggarkan terdapat 21 gram gula bagi setiap setengah cawan sos pasta.Walaupun tiada kandungan gula,namun seperti mana nasi dan mengambil gula-gula pengambilan pasta akan meningkatkan paras insulin.

JUMLAH PAKET GULA : 3

Kita semua dah tahu kan tentang kandungan gula di dalam setiap makanan @ minuman yang kita telan.Jadi,berhati-hatilah..makan ikut keperluan.bukan ikut nafsu ^_^ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...