'sihat dan cantik pilihan saya: payudara kendur'
Showing posts with label payudara kendur. Show all posts
Showing posts with label payudara kendur. Show all posts

Payudara Kendur Berpunca Daripada Kasut Tinggi?

Rata-rata wanita diluar menginginkan mereka dipandang cantik,anggun dan menawan dimata semua orang.Tapi bukan semua yer ^_^.Ada juga wanita yang hanya ingin nampak cantik dimata suami sahaja,apabila keluar rumah,mereka hanya berpakaian ala kadar ataupun cukuplah setakat selesa dipakai dan menutup aurat.

Namun,tidak dinafikan,kasut tinggi atau lebih glamour dengan 'high heel' semakin popular dikalangan wanita pada hari ini.Mereka sangggup 'berkorban ' supaya mereka kelihatan lebih anggun,seksi,tinggi dan cantik bergaya.

Pergorbanan yang bagaimanakah saya ingin katakan?

Tahukah anda,apabila memakai kasut tumit tinggi,kaki akan berasa sakit dan tidak selesa.Tambahan lagi kalau kasut tumit tinggi terbabit mempunyai zip dibelakang tumit.Seandainya anda tidak memakai stoking,bersedialah untuk belakang kaki anda menghadapi kehausan (melecet & luka).

Mitos atau Fakta Kasut tinggi menyebabkan payudara kendur?

Sebut je 'payudara kendur' semua wanita tidak menginginkan hal iniberlaku langsung pada mereka.Malah,ada sesetengah wanita yang tanpa segan silu tak nak menyusukan anak mereka sejurus bersalin kerana takut payudara kendur.Anda jangan terkejut ye,sebab saya pernah terjumpa hal ini berlaku.

Hasil kajian sanitis dari New York mendapati amalan pemakaian kasut tumit tinggi secara berterusan menjadi PUNCA payudara kendur.Ini adalah kerana pemakaian kasut tinggi secara berterusan akan meyebabkan otot kecut pada bahagian dada.

Kasut tinggi juga menyebabkan bahagian tumit sehingga ke belakang menjadi tegang,

Perasan tak,bila pakai kasut tumit tinggi,punggung seoalah-olah akan tertolak ke belakang.Ramai beranggapan bahawa situasi ini memberikan kecantikan kepada kaun wanita,

Tapi,tahukah anda bahawa sebenarnya ia menyebabkan kesakitan sepanjang hidup.Keadaan ini dinamakan Visceroptosis yang mana ramai wanita menderita sakit selepas menggunakan kasut tumit tinggi sama seperti terseksa menggunakan korset.

Menjejaskan peluang untuk dapat anak

Pakar Kesihatan dan Kecergasan Dax Moy Personal Training Studios melihat kebiasaan memakai kasut tumit tinggi juga akan menjejaskan peluang untuk dapat anak.

Ini adalah kerana posisi berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit tinggi 12.7 cm memberikan kesan kepada organ dalaman kesuburan wanita.

Risiko memakai kasut tinggi


  • payudara kendur
  • jejaskan peluang dapat anak
  • punca rambut gugur
Jadi,kepada wanita-wanita diluar sana,anda perlulah membuat keputusan bijak sama ada anda mahukan kecantikan luaran atau menderita pada usia yang muda?

.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...