'sihat dan cantik pilihan saya: makanan pencerah kulit'
Showing posts with label makanan pencerah kulit. Show all posts
Showing posts with label makanan pencerah kulit. Show all posts

makanan untuk mencerahkan kulit dari dalaman

Berkulit putih melepak,gebu,cerah tanpa cela merupakan idaman setiap wanita.Walau bagaimanapun,dengan aktiviti seharian seperti terpaksa bekerja di bawah pancaran matahari akan membuatkan kulit menjadi gelap dan kusam.

Tanpa anda semua sedari,selain daripada menggunakan sunblock,terdapat beberapa makanan yang mampu mencerahkan kulit kita dari dalaman.

Antaranya ialah :

Teh hijau




Ha,jangan ingat teh hijau hanya untuk penurunan berat badan saja ok.Kalau anda minum teh hijau setiap hari,ia akan memberikan anda kulit yang cantik.Ini adalah kerana kandungannya yang kaya dengan anti oksida dan pelbagai jenis vitamin pasti membuatkan wajah anda kelihatan lebih muda!

Lobak



Selain mempunyai kandunganvitamin A dan antioksidan yang tinggi,lobak juga mampu melindungi kulit anda daripada sinaran cahaya matahari.Lobak juga sangat membantu anda untuk mendapatkan kulit yang cerah dan menghalang kedutan pramatang,jerawat dan mengatasi kulit kering.

Kiwi




Buah kiwi ternyata mempunyai banyak manfaatnya terhadap kulit.Pengambilan buah kiwi secara konsisten dapat mencerahkan kulit secara semulajadi.Ini adalah kerana buah kiwi kaya dengan Vitamin C.Vitamin C berfungsi untuk merangsang kolagen dan menentang radikal bebas dalam badan.Anda juga boleh menjadikannya sebagai masker dan sapu pada bahagian kulit yang gelap dan berparut.

Betik



Betik walaupun buah-buahan tempatan tetapi buah betik sebenarnya kaya dengan Vitamin A,C & E.Vitamin-vitamin ini berfungsi sebagai antioksida untuk mengatasi noda hitam dan jerawat di wajah anda.Betik juga mengandungi enzim yang bermanfaat untuk menghilangkan kulit mati dengan segera.

Tauhu dan tempe



Ha,jangan terkejut taw.Ini merupakan berita gembira untuk penggemar tempe dan tauhu.Tanpa anda sedari,sebenarnya tauhu dan tempe dapat membuatkan kulit anda menjadi lebih lembut,bersinar dan cerah.Kedua-dua makanan ini juga mampu menyembuhkan kulit kusam.

Amalkan pemakan secara sihat,pilih makanan yang berkhasiat dan segar untuk santapan anda semua.

Sekian dulu untuk entry kali ini.Jumpa lagi :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...