'sihat dan cantik pilihan saya: resepi ayam marmite'

resepi ayam marmite

Assalamualaikum semua...

Hanya ayam jer yang ada dalam peti rumah anda?Nak keluar cari bahan-bahan mentah yang lain,hujan.Segannya nak keluar.Tapi jemu dah la makan sup ayam,gulai ayam,nasi ayam,ayam panggang dan segala resepi yang lain?

Apa kata anda cuba resepi baru pulak.Ciptakan sedikit kelainan untuk hidangan ayam anda ^_^

Jom cuba ayam mermte pulak.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

  • 1/2 ekor ayam | potong kecil.
  • sedikit lada sulah.
  • 5 sudu besar kicap pekat.
  • 5 sudu besar tepung jagung.
  • brokoli | dicelur.
  • cili benggala merah | dipotong serong.
  • 3cm halia.
Bahan untuk sos.
  • 5 ulas bawang putih | dicincang halus.
  •  1 sudu besar marmite.
  • 4 sudu besar sos tiram.
  • 2 sudu kicap manis.
  • air 
  • minyak masak
  • garam secukup rasa.

Cara penyediaannya :

  1. Gaulkan ayam bersama garam,lada sudah dan kicap pekat.
  2. Bila sudah siap,celupkan ayam ke dalam tepung jagung dan goreng ayam tersebut separuh masak.
  3. ketepikan,
  4. Tumis bawang putih hingga naik bau.
  5. Masukkan sos,kicap dan air.Biarkan mendidih.
  6. Masukkan ayam.
  7. Setelah ayam masak,masukkan brokoli,cili benggala merah dan halia.
  8. perasakan dengan garam hingga cukup rasa.
  9. Siap untuk dihidang.
sumber gambar : nasi lemak lovers

Tips masakan.

Sedikit tips untuk anda,selepas brokoli dicelur dalam air panas mendidih,angkat dan siramkan brokoli tersebut dengan air sejuk @ air dalam peti.Ini adalah untuk mengelakkan brokoli terus berada dalam suhu yang tinggi dan terlalu masak.

Selamat mencuba semua ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...