'sihat dan cantik pilihan saya: penjagaan payudara selepas bergelar ibu'
Showing posts with label penjagaan payudara selepas bergelar ibu. Show all posts
Showing posts with label penjagaan payudara selepas bergelar ibu. Show all posts

HAnya Untuk Wanita yang bergelar ibu SAHAJA !

WAhhh...havoc punya tajuk..tulis dah hanya untuk wanita SAHAJA..tapi nanti ada jugak boleh detect lelaki baca entry nie ^_^.hahahhaha.Yang sudah berkahwin dan bergelar suami tak pe,ada kelonggaran untuk membaca entry ini.Tapi yang masih bujang dan teruna trang tang-tang TAK DIGALAKKAN ok.




Bentuk dan saiz payudara akan mengalami perubahan sebaik sahaja begelar IBU.Aset ini sangatlah penting dan perlu dijaga kerana ia menjadi sumber pembekal makanan kepada bayi yang dilahirkan.


Sebenarnya,bermula dari saat awal kehamilan lagi,payudara sudah mengalami perubahan.Mungkin ada para ibu yang perasan dan mungkin ada yang tidak perasan.Ohh..terlalu banyak mungkin ? ^_^

Biasanya perubahan ini akan berlaku saat wanita mengandung anak sulung.Bermula dari miggu ke-8 payudara akan mula membengkak dan membesar sepanjang tempoh kehamilan.Dan kemungkinan payudara gatal sepanjang proses kehamilan itu adalah disebabkan oleh ketegangan yang berlaku di sekitar kulit payudara.Dan tidak mustahil regangan kulit di sekitar payudara.

Tahukah anda,Bulan ke-3 kehamilan,payudara akan mula meghasilkan kolostrum iaitu susu atau cecair yang berwarna kuning.Kolostrum adalah susu yang istemewa dan bakal diterima oleh bayi pada pertama kali hisapannya.



Ramai wanita berasa risau melihat perubahan payudara selepas melahirkan.Ye la,siapa yang tak risau kan bila payudara yang mantap selama nie tiba-tiba hilang keanjalan dan ketegangannya.

Tips dan panduan untuk mendapatkan bentuk payudara yang sesuai dan sempurna untuk anda.Nak dapatkan bentuk asal saya rasa agak sukar kot. ;)

Penyusuan

sekiranya anda masih lagi menyusukan bayi,letakkan bayi anda pada posisi yang selesa dan betul.Pastikan kedudukan bayi anda tidak terlalu menarik payudara anda.

Penggunaan Coli

Gunakan coli yang sesuai dengan bentuk dan saiz payudara anda.Jangan memakai coli yang terlalu kecil atau yang terlalu besar kerana ini akan menyebabkan anda berasa tidak selesa.

Tips memastikan coli yang sesuai :

  • buat aktiviti seperti menghayunkan tangan,
  • melompat setempat secara perlahan 
  • dan berlari-lari anak
Pastikan anda selesa dan payudara anda kurang pergerakan kerana dipegang kemas oleh coli anda.

Pemeriksaan Payudara

Buatlah sendiri pemeriksaan payudara anda.Lakukannya 2 atau 3 hari selepas haid berakhir pada setiap bulan.

langkah ringkas untuk periksa payudara
Jika terdapat sebarang perubahan seperti :
  • ketulan pada dada dan bawah ketiak.
  • perubahan pada segi bentuk dan saiz.
  • bengkak,kemerahan,perubahan pada warna kulit dan rasa panas.
  • puting masuk ke dalam.
  • keluar darah atau lendir dari puting.
Jaga Pemakanan

Amalkan pemakan yang sihat dan berkhasiat yang membantu pembentukan tisu payu dara sentiasa sihat.

Kacang soya antara makanan yang mengandungi genistein.Genistein daripada kacang soya  mengandungi bentuk kimia yang serupa dengan hormon estrogen.Ia membantu dan mengawal hormon estrogen dalam badan wanita.Tetapi anda haruslah bijak memilih soya.Pilih soya yang non-GMO. < sila klik soya non GMO >

Urutan

Urut payudara dengan minyak aromaterapi untuk menjaga keanjalan payudara.Urutan juga baik untuk pengaliran dara di sekitar payudara.

  • Lakukan urutan ke arah luar,
  • ke bawah dan ke arah dalam
  • kemudian, ikut arah lawan jam ke arah ketiak
  • ke bawah tulang selangka dan ke arah tulang dada.
Penggunaan minyak aromaterapi lebih efektif kerana urutan akan lebih cepat meresap ke dalam kulit,mengalir ke dalam darah,kelenjar susu dan seluruh badan.


Satu lagi tipsss PENTING untuk anda :

* Elakkan suami anda membuat ramasan payu dara ( sewaktu melakukan hubungan seksual) dengan menolak ke kanan atau ke kiri terlalu kuat.Perbuatan ini boleh menyebabkan payu dara lebih cepat kendur dan hilang keanjalannya.


Kredit to majalah pa & ma
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...