'sihat dan cantik pilihan saya: sengkuang cina rawat jaundis'

sengkuang cina rawat jaundis

Dewasa ini,kebanyakan bayi yang baru lahir menghadapi masalah jaundis merupakan perkara biasa.

Jaundis terjadi apabila bayi yang dilahirkan darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan.Bilirubin adalah bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah.

Bayi yang baru lahir lebih cenderung untuk mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi kerana mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen.Kadang-kadang hati mereka tidak boleh memetabolismekan bilirubin yag berlebuhan.Ini adalah kerana hati bayi yang baru lahir belum berfungsi dan matang sepenuhnya lagi.

Sebenarnya saya bukan nak terangkan tentang jaundis,tapi nak beritahu anda salah satu petua untuk merawat dan kurangkan jaundis bayi.Petua ini saya dapat dari tuan rumah sewa semasa tinggal di Perlis dulu.Nak tahu apa petuanya? Jom baca..

Sengkuang cina


Sengkuang cina ini saiznya lebih kecil jika nak dibandingkan dengan sengkuang yang selalu dicampur dalam rojak buah tu.Kulitnya juga berbeza warna.Sengkuang cina kulitnya berwarna agak hitam-kehitaman.Bau dan rasa sengkuang cina ini lebih kurang jer dengan semgkuang yang besar tu. ;)

Dimana nak dapatkan sengkuang cina? 

Di pasar raya pun boleh dapatkan sengkuang cina ini.Selalunya kalau dijual di pasar raya,akan ada yang sudah dipacking siap-siap macam packing bawang tu.

Bagaimana nak buat?

♥ mula-mula kupas dulu kulit sengkuang cina.
♥ kemudian basuh bagi bersih dulu sengkuang cina tersebut.
♥ seterusnya,parut sengkuang cina tersebut.Kalau orang kedah panggil sagat :)


♥ parut dengan menggunakan penyagat yang paling halus.
♥ ok,bila dah siap,letakkan sengkuang cina yang telah diparut ke dalam perca kain yang bersih.
♥ perah sengkuang cina tersebut ke dalam cawan.
♥ biarkan seketika.
♥ suapkan ke dalam mulut bayi.Tapi jangan suap sampai habis secawan yer.Cukuplah sekadar 2 atau 3 sudu teh sekali suap.
♥ amalkan 3 atau 4 kali sehari.

In shaa ALLAH bacaan kuning bayi akan menurun.Tapi,harus diingatkan,ini adalah sekadar petua tradisional untuk menurunkan kadar bacaan kuning bayi.

Disamping itu anda haruslah menyusukan bayi anda dengan kerap.Bayi yang ada kuning lebih cenderung untuk tidur je.Bila asyik tidur,bayi akan kurang menyusu.Bilirubin yang berlebihan akan keluar melalui najis dan air kencing.Oleh itu,kejutlah bayi anda untuk menyusu dengan lebih kerap.


Tapi pernah juga dengar,kalau ibu bapa darah jenis 'O',bayi akan mengambil masa lebih lama untuk sembuh.Apa-pun semuanya bergantung kepada ALLAH.Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha yang terbaik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...