'sihat dan cantik pilihan saya: tips merealisasikan penyusuan eksklusif'

tips merealisasikan penyusuan eksklusif

Dewasa ini Penyusuan eksklusif begitu sinonim dengan masyarakat sekarang.Jururawat dan doktor begitu menyokong penyusuan eksklusif ini.Ini adalah kerana masyarakat sekarang semakin memahami konsep dan tujuan penyusuan eksklusif.

Apa Itu Penyusuan Eksklusif ?

Penyusuan eksklusif ialah di mana bayi hanya menyusu susu ibu sahaja tanpa makanan atau minuman lain selama 6 bulan pertama kelahirannya.Penyusuan eksklusif ini sangat penting bagi bayi untuk memastikan kesejahteraan bayi secara fizikal dan mental.



Mungkin apabila bayi anda berginjak usia 3 atau bulan,mereka akan lebih kerap menangis.Ini bukan kerana sudah memerlukan makanan.Semakin besar bayi,semakin tinggi keperluan dan permintaan susu untuk proses membesar.


Selalunya ibu bapa akan selalu berkata."anak awak menangis lapar la tu,bagi je la makanan'.Majoriti para ibu yang pertama kali menjadi ibu memang memang akan keliru,agaknya anak saya nie lapar kot.Akhirnya beli makanan tambahan kepada bayi.

JANGAN.

Si manja anda akan bersedia untuk menerima makanan selain susu ibu hanyalah apabila usianya 6 bulan.Sebarang makanan yang masuk ke saluran pencernaannya hanya akan mengganggu proses tumbesaran dan proses penghasilan susu ibu.Mungkin susu ibu akan merudum.Ini adalah kerana kurangnya 'demand' atau permintaan dari bayi anda.

Tambahan lagi,pada usia bawah 6 bulan,bayi memerlukan antibodi untuk melawan penyakit yang berbahaya yang boleh mengancam nyawanya.

Selain daripada itu,penyusuan susu ibu secara eksklusif juga akan meminimumkan risiko alahan kepada bayi.
Ternyata bayi yang menyusu secara eksklusif mempunyai kelebihan dan kebaikan yang tersendiri.Klik mitos penyusuan bayi untuk maklumat lanjut.

Memang makanan tambahan akan mengenyangkan anak anda tetapi tahukan anda sedang mengambil risiko kepada bayi anda.Bayi anda mungkin mengalami masalah seperti sembelit,makanan tidak hadam dan sebagainya.Hakikatnya,susu ibu adalah susu yang terbaik di dunia dan ia mempunyai pelbagai manfaat dan kelebihannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...