Hari ini saya akan kupaskan sedikit tentang kaedah untuk mencegah kehamilan.Mungkin pasangan yang baru berkahwin tidak akan mengamalkan kaedah ini.Secara puratanya kaedah mencegah kehamilan diamalkan oleh pasangan suami isteri yang sudah mempunyai zuriat.Sebab menjarakkan kehamilan ini mungkin untuk menjarakkan kehamilan.Sebenarnya banyak faktor kenapa pasangan yang sudah berkahwin melakukan kaedah mencegah kehamilan.Antaranya adalah faktor kewangan.
Atau mungkin juga masalah kesihatan contohnya isteri bersalin secara pembedahan (operate).Atau mungkin isteri mendapat penyakit serius semasa tempoh kehamilan contohnya,tekakan darah tinggi,diabetes dan sebagainya.
Mungkin juga untuk memberikan kasih sayang yang sepenuhnya bak menatang minyak yang penuh kepada anak sulung.Ini adalah kerana apabila kehamilan dan kelahiran dalam masa yang terdekat,pasti anak yang sulung sedikit terabai kerana ibu bapa memberi perhatian yang lebih berbanding dengan si sulung.
Baiklah,berbalik kepada tajuk entry kita,mencegah kehamilan atau bahasa saintifiknya Kontraseptif merupakan salah satu kaedah untuk mencegah kehamilan.Adalah sangat penting untuk anda mengetahui kaedah untuk mencegah kehamilan untuk memastikan anda dapat membuat pilihan yang tepat untuk anda mengikut kesesuaian dan keselasaan anda.
merancang secara semulajadi
Diamalkan dengan mengelak dari melakukan hubungan seks semasa si isteri sedang subur.Kaedah ini dilakukan dengan menggunakan kaedah BBT atau dengan melihat perubahan lelehan lendir pada faraj setiap hari.
Macam mana nak tahu waktu subur? sila klik < kenali kitaran haid dan waktu subur >
Kondom
Kondom bertujuan untuk menghalang sperma dari memasuki rahim wanita.Kondom terdiri dari salur getah dan digunakan oleh lelaki.Kondom adalah alat untuk mencegah kehamilan yang popular pada masa kini.
Cap Serviks
Berbentuk cawan kecil yang diperbuat dari latex getah atau plastik.Cap serviks ini dimasukkan ke dalam faraj dan dan diisi dengan jelly pembunuh sperma.
Diaphragm
Getah lembut yang berbentuk bulat dan boleh meregang.Bahagian mucungnya akan diisi dengan jeli pembunuh sperma.Diaphragm ini dimasukkan ke dalam faraj sebelum melakukan hubungan.
Ubat Anti-Sperma
Bahan kimia ini dikenali sebagai spermicides.Ia boleh didapati dalam bentuk buih,jeli dan tablet untuk dimasukkan kedalam faraj.
Alat dalam rahin (IUD)
iud |
Kaedah hormon
- pil perancang
- suntikan depo-provera
Kaedah ini bertindak dengan 3 cara iaitu :
- menghalang telur dikeluarkan daripada ovari setiap bulan.
- menyebabkan mukus serviks tebal dan sukar untuk sperma menembusinya.
- menyebabkan dinding rahim menjadi nipis dan sukar untuk hamil walaupun persenyawaan terjadi.
Kaedah Sterilasi
tubal ligasi (untuk wanita)
Kaedah pembedahan di mana kedua-dua tiub fallopian wanita akan diikat dan dipotong.Ini adalah kaedah kekal dan tidak dapat diterbalikkan semula.
Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda semua terutamanya untuk suami isteri yang akan memperolehi zuriat pertama tidak lama lagi. ;)