'sihat dan cantik pilihan saya: aplikasi gajet untuk kanak-kanak'

aplikasi gajet untuk kanak-kanak

Anak - anak zaman milineum sekarang sering disogok dengan gajet.Sekitar 50 peratus ibu bapa mengakui membelikan gajet kepada anak mereka.Dan kajian yang dijalankan membuktikan bahawa kanak-kanak yang berumur 9 hingga 12 tahun amat taksub dan menyukai gajet.Tiada kehidupan tanpa gadget!



Di sini saya kongsikan sedikit tips dan aplikasi yang terdapat dalam Android yang dapat membantu ibu bapa mengawasi anak-anak dengan mudah disamping memberikan keselesaan kepada kanak-kanak apabila menggunakan gajet.

Phone Control

Sesuai untuk ibu bapa yang paranoid.Aplikasi ini dapat memantau semua yang dilakukan serta digunakan oleh anak anda.Aplikasi ini akan memaklumkan kesemua mesej yang masuk keluar,panggilan telefon dan paling penting lokasi alat.Jangan bimbang anak anda mengetahuinya kerana ikon aplikasi ini tidak dapat dilihat dan diketahui oleh mereka.

AppNotifier

Ha,yang ini  sesuai untuk ibu yang nak berjinat.Aplikasi ini dapat mengelak anak anda daripada membeli aplikasi permainan tanpa pengetahuan anda.Seandainya anak anda tersalah tekan untuk membeli sesuatu permainan,AppNotifier akan memaklumkan anda melalaui e-mel dan aplikasi muat turun boleh disekat.

Kid Mode

Aplikasi ini berfungsi untuk mengoptimumkan penggunaan alat di mana anak anda boleh bermain dengan bebas pelbagai jenis game mengikut umur dan keupayaan mereka dalam meningkatkan kretiviti.Di samping itu,anda juga boleh mengunci panggilan keluar dengan aplikasi ini.Dan yang paling menguntungkan aplikasi ini akan menghantar email untuk maklumkan kandungan perisian yang telah anda atau anak anda layari.

Kid Place

Aplikasi ini boleh melindungi data peribadi dan menyekat aplikasi khusus untuk anak-anak anda.Aplikasi ini berfungsi untuk menghalang anak-anak anda untuk download aplikasi baru atau melakukan sebarang aktiviti lain yang melibatkan kos.Dengan aplikasi ini anda bebas untuk membiarkan anak anda yanh berusia 4 tahun dan ke bawah bermain gajet tanpa perlu bimbanh lagi.

Secara rasionalnya kita sebagai ibu bapa haruslah meluangkan sedikit masa agar anak-anak tidak terlalu leka dengan gajet.Pernah tengok tak iklan raya petronas,yang ibu bapa kutip simpan semua gajet anak menantu cucu mereka?Kadang-kadang kita sendiri pun boleh terleka dengan gajet nie,sehingga masa berkualiti untuk mengeratkan silatulrahim sesama keluarga pun terhad.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...