'sihat dan cantik pilihan saya: dekorasi buah untuk anak anda'
Showing posts with label dekorasi buah untuk anak anda. Show all posts
Showing posts with label dekorasi buah untuk anak anda. Show all posts

dekorasi kreatif untuk anak anda yang picky eater dalam pemilihan buah-buahan


Risau anak-anak yang picky eater?Kalau buah-buahan,jangan katakan nak pandang,sentuh makan tak nak langsung.Vitamin?Lagi la tak nak makan.Susahkan nak atasi anak yang cerewet ni?Urmmm.



Sebagai ibu bapa,jangan sesekali fikirkan susah.Sebenarnya apa yang kita fikirkan itu umpama magnet.Ia akan menarik cas-cas positif atau sebaliknya datang kepada kita.Begitu juga kalau kita fikirkan perkara yang positif,itulah yang akan datang kepada kita.

Cara terbaik adalah fikirkan semuanya kacang parang jer,mudahnya dan aku boleh.Tapi anda juga haruslah yakin dengan diri sendiri  disamping berdoa untuk memudahkan semuanya.

Baiklah,berbalik pada tajuk entry,sebenarnya anda boleh mencipta atau menghasilkan dekorasi daripada buah-buahan segar untuk menarik minat anda untuk mendekati dan seterusnya makan hidangan tersebut ^_^.

Sedikit perkongsian dari internet yang saya jumpa.

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Buah Strawberry
  • Buah Peach
  • Buah Kiwi
  • Buah Blueberry
  • Buah Cerry





dekorasi buah untuk anak picky eater

dekorasi buah untuk anak picky eater

dekorasi buah untuk anak picky eater

dekorasi buah untuk anak picky eater

Buah yang bersaiz agak besar seperti strawberry,peach dan kiwi hendaklah dipotong mengikut kesesuaian dan kreativiti anda.

Susun atur buah-buahan tersebut mengikut kreativiti anda tersendiri supaya anak-anak lebih tertarik untuk memakannya.

dekorasi buah untuk anak picky eater
contoh dekorasi buah




Anda  juga boleh menggunakan buah-buahan lain seperti :


  • tembikai merah
  • tembikai kuning
  • anggur hijau
  • anggur hitam
  • epal hijau
  • epal merah
  • betik
  • oren
dan sebagainya.Untuk contoh dekorasi buah-buahan yang  lebih menarik untuk anak anda,anda bolehlah lihat di 'pinterest' dan follow group tertentu terutamanya orang putih dari pelbagai negara.Percayalah,pelbagai idea kreatif akan muncul apabila anda melihat pinterest mereka.

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...