'sihat dan cantik pilihan saya: kewajipan membayar hutang'
Showing posts with label kewajipan membayar hutang. Show all posts
Showing posts with label kewajipan membayar hutang. Show all posts

Anda tergolong dalam golongan yang liat untuk membayar hutang?

Assalamualaikum semua!

Pasti anda terkejut bukan dengan tajuk entry saya kali ini.Tak usahlah nak buat terkejut sangat :)

Memang tak dinafikan hidup dalam dunia yang serba maju sekarang ini,menuntut kita semua agar berusaha keras untuk memenuhi tanggungjawap dan kewajipan zahir kepada ibu bapa,isteri dan anak-anak.

Sememangnya duit sangat-sangatlah diperlukan untuk menampung kehidupan seharian kita.Nak-nak pulak kan kalau family planning tak menjadi,isteri melahirkan anak setiap tahun.Dengan keadaan kewangan yang tak berapa nak kukuh,nak bayar sewa rumah,nak bayar hutang ptptn,nak beli barang keperluan isteri dan anak-anak,nak bayar pelbagai bil lagi,kadang-kadang memaksa kita semua untuk berhutang.

Pada dasarnya,Islam tidak menggalakkan umatnya untuk berhutang.



Walaubagaimana pun,dalam keadaan tertentu kita terpaksa berhutang.Namun,ada cara dan adabnya apabila kita mahu menjadi pemberi hutang ataupun penghutang.

Antaranya ialah :

Kalau kita hendak memberi atau berhutang dengan seseorang,jumlah hutang dan tempoh masa untuk.membayar hutang tersebut perlu dituliskan dan disertakan dengan 2 orang saksi.

Orang kita cakap,ada hitam putih.Namun,tidak apa-apa jika tiada saksi.ALLAH kan ada,biarlah ALLAH yang menjadi saksi.

Perkataan hutang terdapat dalam beberapa firman ALLAH yang terdapat di dalam Al-Quran.Tidak cukup dengan itu,Rasulullah S.A.W juga menekankan perihal hutang ini.

Sabda Rasululullah.S.A.W yang bermaksud :

"Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutanya".
                                   (hadis riwayat Muslim)

Itu para syuhada.Jika mereka pun diwajibkan membayar hutang,kita sebagai manusia ini apatah lagi.

Disamping itu,kita turut diajar untuk mengamalkan doa yang bermaksud :

" Ya ALLAH,aku berlindung kepada-MU daripada kegundahan dan kesedihan,daripada kelemahan dan kemalasan,daripada sifat pengecut dan bakhil,daripada daripada kesempitan hutang dan penindasan orang".

Realitinya hari ini,si penghutang terdiri daripada saudara mara,abang ipar,sanak saudara,sahabat handai dan sebagainya.Sekiranya si penghutang adalah orang yang kita kenal,maka menjadi tanggungjawab kita untuk mengingatkan mereka membayar hutang.

Contohnya suami berhutang RM 200 untuk membeli keperluan dapur dan anak-anak sepanjang dia berkursus.Ditambah pulak dengan janji-janji manis kononnya akan membayar apabila dapat gaji nanti.

Si isteri pulak mengaku belajar di sekolah menengah agama.Maka,sudah menjadi kewajipan isteri untuk mengingatkan kepada suami apa hukumnya untuk membayar hutang.

Ketahuilah sesungguhnya apabila kita berhutang dengan seseorang,kita berniat untuk membayar balik hutang tersebut In Shaa ALLAH,nescaya ALLAH permudahkan segala-galanya.

Tapi sekiranya kita berniat untuk tidak membayar hutang tersebut,nescaya ALLAH akan membinasakan kita.Sekarang nie,tak payah nak tunggu balasan di akhirat,di dunia pun dah dapat balasannya.

Tetapi sekiranya si penghutang tersebut sudal di telefon berkali-kali tak diangkat,hantar mesej pun dibalas,ada baiknya anda lupakanlah hutang anda itu.Halalkan sajalah.Mungkin ada hikmahnya.Mana tahu kan si penghutang mencari rezeki yang haram dan tidak berkat.Mungkin ALLAH tak nak duit dan benda haram dimakan oleh kita.Oleh itu,berlapang dadalah dengan apa yang berlaku.ALLAH sentiasa bersama dengan kita.

:) bersangka baiklah dengan ALLAH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...