'sihat dan cantik pilihan saya: Khasiat buah pelaga'
Showing posts with label Khasiat buah pelaga. Show all posts
Showing posts with label Khasiat buah pelaga. Show all posts

Khasiat buah pelaga


Assalamualaikum semua..Di pagi yang nyaman dan tenang di saya nak kongsikan sedikit petua dengan anda semua.Petua nie hanya menggunakan rempah ratus di dapur rumah kita sahaja.Seperti yang kita semua,rempah ratus kaya dengan pelbagai khasiat dan kebaikannya.

Baiklah,salah satunya adalah buah pelaga.Buah pelaga ni yang warna putih dan saiznya kecil sedikit berbanding dengan buah keras (buah yang sering digunakan untuk memekatkan kuah masakan).Bentuknya sedikit memanjang.

Saya pun selalu guna buah pelaga terutamanya dalam membuat nasi yang  sedap-sedap.Chewahhh.. ^_^ contohnya nasi ayam ker,nasi daging ker,nasi udang berempah ker.

Panjang dah kot membebel..hahaha..berbalik kepada khasiat buah pelaga,jom tengok khasiat dan bagaimana nak menggunakannya untuk merawat penyakit yang taak serius.^_^



buah pelaga
Untuk batuk dan sesak nafas

  • ambil secubit serbuk buah pelaga (boleh beli di pasar raya) ,secubit garam batu (garam kasar),1 sudu minyak sapi,1/2 sudu teh madu dicampur bersama-sama.
  • sedut atau hidu baunya secara rawak.
  • boleh juga disapukan di  tengkuk.
 Untuk harumkan mulut

  • kunyah sebiji buah pelaga secara perlahan-lahan.Amalkan selama 3 kali seminggu.
Untuk mengawal obesiti dan lenguh badan
  • tumbuk buah pelaga sehingga halus dan kemudian campurkan dengan air.Minum.
  • merangsang pencernaan dan mengatasi angin dan peut kembung.
Hakikatnya rempah ratus mempunyai 1001 manfaatnya.Terpulang pada kita macam mana nak buat dan gunakannya.Gunakan ke arah kebaikan taw.

sekian untuk entry kali ini.

Assalamualaikum !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...