'sihat dan cantik pilihan saya: kebaikan susu ibu'
Showing posts with label kebaikan susu ibu. Show all posts
Showing posts with label kebaikan susu ibu. Show all posts

susu yang terbaik untuk si manja

Tahukah anda susu ibu adalah susu yang terbaik untuk si bayi 0 hingga 6 bulan.Mungkin sesetengah para ibu akan cakap,susu tidak keluar waktu hari pertama hingga hari ketiga.Jangan beranggapan anda tidak nampak susu meleleh atau keluar bermakna payudara anda tiada susu.Kebanyakan ibu yang kali pertama melahirkan memang akan mengalami situasi ini.



Usah risau jika perkara ini berlaku kepada anda.Ini adalah kerana payudara anda memerlukan proses 'supply  and demand'.Semakin tinggi demand,semakin banyak susu yang akan terhasil.Teruskan menyusu bayi anda seperti biasa.

Kenapa susu ibu terbaik untuk bayi?

Untuk memudahkan anda memahami kebaikan susu ibu,saya akan tulis dalam bentuk point.


  • Susu ibu mengandungi bahan pencegah penyakit yang mampu melindungi bayi daripada kebanyakan penyakit seperti serangan virus bahaya.Terutamanya dalam kolostrum yang keluar pada hari pertama hingga hari ke -enam.
  • mengurangkan risiko tumpah darah kepada ibu selepas bersalin dan aliran keluar darah nifas akan lebih singkat.
  • mengurangkan risiko kanser ovari dan barahpayudara.
  • mengeratkan hubungan antara ibu dan anak menerusi sentuhan kulit ke kulit dan 'eye contact' semasa proses penyusuan secara semulajadi.
  • Susu ibu mempunyai kandungan protein yang tinggi dan mudah diserap dan digunakan sepenuhnya oleh bayi.
  • Menggalakkan tumbesaran yang normal pada bayi.
  • Penyusuan susu ibu mengelakkan jangkitan bakteria kepada usus bayi yang boleh mengakibatkan cirit-birit atau muntah kerana susu ibu mempunyai kandungan yang tertentu mengikut cuaca.
  • Mengelakkan bayi dari tersedak susu kerana bayi boleh tentukan sendiri keperluannya.Bayi akan automatik berhenti setelah kenyang.
  • Dapat mengekang masalah ortodok dan kerosakan gigi kerana susu ibu tidak menggunakan puting tiruan dan kandungan gula yang berlebihan.
Hakikatnya,susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi.Si ibu juga akan dapat manfaatnya disamping bayi membesar dengan sihat dan normal.Disamping itu,anda boleh berjimat dari segi masa dan kos.Berikan yang terbaik buat si manja anda agar mereka membesar dengan sihat dan gembira.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...