'sihat dan cantik pilihan saya: Cendawan celup tepung'
Showing posts with label Cendawan celup tepung. Show all posts
Showing posts with label Cendawan celup tepung. Show all posts

resepi cendawan celup tepung

Assalamualaikum semua.Hari ini saya akan kongsikan salah resepi yang saya buat untuk santapan keluarga baru-baru ini.

Cendawan celup tepung.Rasanya ranggup dan bertambah oopmmh bila dicicah dengan sos cili atau sos tomato.Ok,tak nak cakap panjang jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Cendawan tiram

Telur ayam


Lada berperisa
Dan tidak dilupakan juga minyak masak untuk menggoreng ^_^

Cara-caranya adalah :

1. Racikkan cendawan mengikut saiz kesukaan anda.
2. rendamkan dahulu cendawan bersama air sekitar 20-30 minit
3. Selepas itu toskan.
4. Pecahkan telur kedalam mangkuk.
5. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk lain dan tambahkan dengan lada berperisa.Jika anda sukakan masin bolehlah tambahkan sedikit garam.
6. Panaskan minyak masak.
7. Ambil cendawan celupkan ke dalam tepung,kemudian ke dalam telur dan celupkan tepung lagi sekali.
8. Masukkan cendawan ke dalam minyak yang telah dipanaskan.
9. Ulangi proses yang sama sehingga habis cendawan.

Taraaaa....inilah hasilnya..



Enak dimakan panas-panas sebab ranggup.Bila sejuk dah tak ranggup ^_^

Rasanya lebih kurang macam sotong celup tepung jugak.Tetapi saya tak gemar buat sotong celup tepung.Sebab apa?Anda silalah buat dulu baru anda akan tahu..

Sekian dulu untuk entry kali ini..^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...