'sihat dan cantik pilihan saya: petua menghilangkan whitehead dan blackhead'
Showing posts with label petua menghilangkan whitehead dan blackhead. Show all posts
Showing posts with label petua menghilangkan whitehead dan blackhead. Show all posts

kawasan muka bebas daripada white dan blackhead?apa rahsianya?

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Masalah whitehead dan blackhead sering menghantui semua orang bukan?Sampaikan ada orang yang terasa kasar dan menggerutu jer bila pegang permukaan hidung tu.Mungkin orang lain tidak perasan sangat yang kulit kita kasar,tapi stressnya bila whitehead dan blackhead orang boleh nampak.

Nak-nak pulak kan contohnya encik tunang muncul mengejut dipagi hari sewaktu hujung minggu.Nak bagi kejutan kat kita la kononnya.Akhirnya encik tunang yang terima kejutan.Sebelum-sebelum ini kalau jumpa alhamdulillah sempat lagi tempek bb cream tak pun bedak sikit.Ini pakai main muncul mengejut pukul 7 pagi depan pintu rumah,lepas subuh tu.Lebih malang lagi apabila anda tak sempat mandi.Oopsss..^_^.

Kadang-kala kita terlalu sibuk dengan kehidupan seharian.Contohnya pagi tadi dah tengok cermin,baru perasan la hidung ada whitehead.Tak pe la,balik kerja nanti la saya picit.Bila sampai dirumah selepas habis kerja,sibuk buat aktivti lain pulak.Memang terpula terus pada whitehead dan black head.Baiklah,hari ini saya nak kongsikan sedikit tips dengan anda semua yang menghadapi masalah whitehead dan blackhead ni.

tips menghilangkan whitehead dan blackhead


Tips Pertama menghilangkan whitehead & blackhead.

Bahan yang diperluka ialah :

  • putih telur
  • kapas muka

tips membebaskan wajah dari whitehead dan blackhead
putih telur

kapas muka
Cara-caranya :

  • sebelum tampalkan masker putih telur,wapkan dulu muka anda dengan air suam atau air panas.
  • nipiskan kapas muka
  • celupkan kapas ke dalam bekas putih telur dan tampalkan kapas tersebut di kawasan muka anda yang terdapat blackhead dan whitehead.
  • kalau nak tampalkan ke seluruh muka pun boleh.
  • tunggu sehingga putih telur kering,bersihkan muka anda dengan air sejuk.
tips menghilangkan whitehead dan blackhead
terima kasih encik google

Walaupun berbau agak hanyir,tetapi cara ini berkesan untuk menanggalkan segala whitehead dan blackhead pada wajah anda.

Tips Kedua untuk menghilangkan whitehead dan blackhead

Menggunakan Uncang Teh

tips menghilangkan whitehead dan blackhead
uncang teh

Jangan tak tahu,uncang teh juga ada kegunannya.Jika anda membancuh teh o,sebelum masukkan gula,keluarkan dulu uncang teh tersebut.Bila uncang teh tersebut sudah sejuk,sapulah ke kawasan yang terdapat whitehead dan blackhead di muka anda.

Selepas itu,bilas dan bersihkan muka anda.

Menggunakan Masker Putih Telur yang terdapat dipasaran


Ini senang sikit berbanding dengan tips di atas.Sapukan masker di keseluruhan muka,bila  masker sudah kering,boleh tarik jer buang masker ini.Bau hanyir pun kurang ^_^

Oklah,selamat mencuba semua.Semoga whitehead dan blackhead anda semua boleh disingkirkan dengan mudahnya.Jangan lupa,amalkan juga mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan makan supplement kecantikan secara konsisten.^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...