'sihat dan cantik pilihan saya: Tips merangsang mental dan fizikal anak'
Showing posts with label Tips merangsang mental dan fizikal anak. Show all posts
Showing posts with label Tips merangsang mental dan fizikal anak. Show all posts

buntu bagaimana nak merangsang mental dan fizikal anak?

Assalamualaikum semua!

Bermain dan meneroka dunia baru sangatlah sinonim dengan kanak-kanak.Ini adalah kerana melalui aktiviti ini,mereka akan didedahkan dengan pelbagai perkara baru.

Belajar tidak semestinya hanya berada dan terperuk di rumah dengan membaca buku,bermain gajet dan menonton televisyen sahaja.

Malah aktiviti yang tidak sihat ini akan menyebabkan kanak-kanak akan menjadi obes dan menjejaskan kreativiti dan daya imaginasi kanak-kanak tersebut.

Jom ketahui dengan selanjutnya aktiviti yang bagaimanakah mampu merangsang mental dan fizikal si manja.

Bermain belon


Warna warni belon boleh mengujakan kanak-kanak!Belon adalah mainan yang murah tetapi akan memberikan keriangan yang tidak tehingga kepada si kecil.

Aktiviti ini secara tak langsungnya akan meningkatkan kemahiran motor kasar dan koordinasi mata dan tangan si manja.

Bermain di taman permainan.


Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di taman permainan.Antaranya ialah bermain buai,papan gelongsor,jonkang-jongkit dan banyak lagi.Lepaskan anak anda bermain dengan bebas untuk menguatkan tubuh dan ototnya.Di taman juga dia boleh belajar untuk berkawan dan berkomunikasi dengan rakan sebayanya.

Berenang


Aktiviti bermain air memang menyeronokkan bagi kanak-kanak.Sebenarnya aktiviti bermain air ini memberi faedah kepada kepada si manja.

Berenang juga memberikan kelebihan dan manfaat kepada si kecil.Antaranya ialah menguatkan sistem kardio-respiratori,menambah stamina dan menguatkan otot.

Melihat persekitaran hijau


Sekali sekala bawalah anak anda bersiar-siar di taman mahupun tempat rekreasi untuk menjamu mata.Biarkan anak-anak terdedah kepada cahaya matahari dan angin sepoi-sepoi bahasa untuk menyegarkan minda si manja di samping mendedahkan mereka kepada perkara baru.

Banyak lagi la aktiviti yang boleh merangsang mental dan fizikal anak-anak.

Antaranya ialah :

  • Bermain pasir di tepi pantai
  • belajar melukis
  • berkebun
  • membeli-belah bersama
  • berkelah
  • bermain bola
  • bermain dengan haiwan peliharaan
Sebenarnya aktiviti luar ini buka sahaja mendedahkan anak kepada dunia baru,malah anak-anak juga boleh mempelajari sesuatu yang baru dan berkomunikasi di samping bermain dengan rakan-rakan baru.

Aktiviti luar juga akan mewujudkan perasaan tenang dan menghiburkan si anak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...