'sihat dan cantik pilihan saya: manfaat kerja dari rumah'
Showing posts with label manfaat kerja dari rumah. Show all posts
Showing posts with label manfaat kerja dari rumah. Show all posts

Pilihan wanita kini

Bekerja dari rumah semakin menjadi pilihan menarik bagi wanita masa kini.Mereka mempunyai alasan yang tersendiri contohnya mahukan kebebasan dalam erti kata sebenar.Ada yang mahu menumpukan perhatian kepada keluarga,anak-anak tapi dalam masa yang sama mereka mempunyai pendapatan sendiri.

Bekerja dari rumah
Pelbagai manfaat seandainya kita bekerja dari rumah.Antaranya ialah :

♥ mendapat kebebasan peribadi

Aspek yang paling menarik untuk bekerja dari rumah adalah kebebasan.Kebebasan dari segi masa,peluang dan kesempatan untuk berusaha.Anda tidak lagi terikat dengan peraturan tempat kerja,tidak lagi terkonkong untuk bekerja di waktu pejabat.

Tiada bos yang memerhati,tiada peraturan syarikat untuk dipatuhi,tiada lagi gosip-gosip liar atau politik pejabat..dan yang paling mengembirakan adalah tidak ada lagi jadual kaku atau rutin yang sama setiap hari.Bermula dari pagi bila buka saja mata,sibuk siapkan diri,hantar anak-anak ke rumah pengasuh atau nurseri,menghadapi kesesakan lalu lintas.

 menuai pendapatan tanpa had.

Pendapatan kita sukar untuk orang teka.Jiran-jiran mungkin nampak kita duduk rumah 24,tapi kalau kita tak beritahu mereka pendapatan kita,adakah mereka akan tahu?mesti la tidak.Asalkan berusaha,buat habis baik, In Shaa ALLAH akan ada hasil yang lumayan menanti.

Sebagai peniaga seharusnya kita bergantung 100 % kepada ALLAH.Rezeki kita ditangan ALLAH bukannya di tangan manusia ;)

sentiasa bersama keluarga

Kebanyakan orang memilih untuk bekerja dari rumah adalah disebabkan 'push factor' yang kuat dan jitu iaitu untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.Lebih-lebih lagi bagi para isteri yang sudah mempunyai anak.

Bayangkan setiap pagi hantar anak ke nurseri,petang baru ambik.Sampai rumah,bersihkan diri,memasak dan sebagainya.Kita selesai buat semua tu,anak-anak dah tidur.Masa untuk bersama dan bermain dengan anak-anak memang tersangatlah terhad.

Apabila bekerja dari rumah,setiap masa bersama anak-anak.Ada ketika mesti anda akan mengalami situasi nak mencuba pelbagai resepi-resepi baru untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang.

Senang hati anak membesar depan mata.


mudah menghadapi kecemasan.

Bekerja dari rumah tentulah memberi kelebihan terutamanya dari segi masa.Contohnya apabila berlaku hal-hal kecemasan seperti ahli keluarga kemalangan atau kematian.Anda tidak perlu ambil cuti atau EL (emergency leave).Jika cuti anda anda masih berbaki,itu meruapakan bonus untuk anda.Tapi jika cuti anda sudah habis??

Banyak kelebihan bekerja dari rumah sebenarnya.Tidak perlu lagi nak pening kepala untuk memikirkan masalah kerja,tekanan dari pihak atasan,salah faham antara rakan sekerja dan sebagainya.

Hakikatnya bekerja dari rumah atau lebih terkenal dengan WAHM (women at home mom) memang indah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...