'sihat dan cantik pilihan saya: kebaikan vitamin c'
Showing posts with label kebaikan vitamin c. Show all posts
Showing posts with label kebaikan vitamin c. Show all posts

apa yang anda perlu tahu tentang vitamin c?

Selalu bukan kita dengar tentang vitamin C?Kawan-kawan selalu cakap,kau kalau makan vitamin C mesti  muka kau glowing,cerah,cantik..bla..bla..bla..Pendek kata begitu banyak manfaatnya vitamin C ini kepada kita semua.

Namun,sebenarnya,Vitamin C mempunyai khasiat lebih daripada yang kita sangka.Kanak-kanak mahupun golongan dewasa memerlukan Vitamin C sebagai salah satu makanan tambahan untuk memastikan kesihatan dan kecantikan kulit yang semulajadi.

Apa itu Vitamin C?




Vitamin C merupakan suatu vitamin yang diperlukan oleh setiap peringkat umur.Ia berfungsi sebagai antioksida yang dapat melindungi tubuh daripada serangan radikal bebas.

Radikal bebas digambarkan sebagai molekul oksigen yang tidak stabil yang terjadi hasil daripada proses metabolik sel-sel kita dan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seharian.Radikal bebas juga terdiri daripada bahan toksik yang yang boleh menyebabkan kerosakan bukan sahaja pada dinding sel malah boleh merosakkan genetik di dalam sel.

Kerosakan ini akan menyebabkan proses penuaan menjadi cepat sekaligus meningkatkan risiko terhadap kesihatan individu terbabit.


Fungsi Vitamin C

Untuk menguatkan sistem imun 



Kanak-kanak yang lazimnya kurang gemar memakan  sayur dan buah-buahan akan terdedah kepada risiko kekurangan vitamin C serta lain-lain mineral yang diperlukan  untuk tumbesaran.

Wanita mengandung pula memerlukan dos vitamin c yang tinggi untuk membantu penyerapan zat besi dan mengaktifkan asid folik (b-complex).

Merangsang Kolagen

Vitamin C sangat diperlukan untuk merangsang kolagen.Kolagen ialah protein yang diperlukan untuk membentuk jaringan tisu-tisu kulit,ligament dan tulang.Oleh itu,mereka yang aktif bersukan atau para atlet harus mengambil vitamin C untuk memulihkan tisu mereka yang terjejas semasa bersukan.

Menyembuhkan Luka

Kehadiran vitamin C turut berperana dalam menyembuhkan luka.Ini adalah kerana ia memudahkan pembentukan tisu-tisu penghubung pada luka tersebut.Sel-sel di dalam dinding arteri juga memerluka kolagen untuk membolehkannya mengembang dan menguncup dengan setiap degupan jantung.

Mengelakkan kanser

Berdasarkan kajian yang  dibuat baru-baru ini mengatakan vitamin c boleh mengelakkan kanser.Ini adalah kerana ciri antioksida yang dimiliki dalam Vitamin C dapat melindungi sel-sel dan DNA daripada kerosakan mutasi.

Kaitan vitamin C dan arkobik asid.

Vitamin C sebenarnya turut dikenali sebagai arkobik asid.Arkobik asid adalah bahan yang mudah larut dan hampir sama dengan glukos.Ianya merupakan vitamin yang paling kurang stabil dan sangat sensitif terhadap oksigen,udara dan haba.Vitamin C perlu diambil setiap hari kerana tubuh tidak boleh menyimpan jumlah yang banyak.

Kandungan asid arkobik di dalam darah juga boleh berkurangan apabila anda merokok.Oleh itu,disarankan agar perokok dan pesakit penyakit kronik menambahkan dos vitamin C kedalam pemakanan mereka.

Ada juga yang mengaitkan jika wanita memakan vitamin C melebihi 1000 mg sehari,dikhuatiri air vagina turut akan berkurangan.Ini akan memberi masalah kepada kehidupan suami isteri tersebut.Namun,setakat ini tiada lagi kajian yang membuktikan.

Kesan kekurangan Vitamin C

  • menjejaskan keberkesanan sistem tubuh untuk mengurangkan kolestrol.
  • sistem ketahanan badan untuk melawan penyakit akan terjejas.
Apa akan terjadi apabila mengambil vitamin C melebihi dos?

Tidak menjadi masalah.Ini adalah kerana Vitamin C merupakan nutrient yang bersifat  larut air dan mudah dikeluarkan melalui peluh dan urin.

Oleh kerana Bulan Disember ialah promosi Vitamin C Shaklee,maka saya nak kongsikan sedikit berkenaan Vitamin C yang saya ambil ^_^.Semoga bermanfaat.



Kenapa Vitamin C Shaklee berlainan dengan kebanyakan vitamin di pasaran?
  • Didatangkan dalam bentuk 'substained release' iaitu dilepaskan di dalam badan secara berlahan-lahan untuk memastikan  badan sentiasa mendapat bekalan vitamin C.
  • 1 tablet vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren .
  • Didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting untuk membantu agar penyerapan vitamin C ke  dalam badan lebih baik.
1 botol Vitamin C yang saya makan mampu bertahan sehingga 6 bulan.Satu botol mengandungi 180 biji Vitamin C.

jika anda ingin membeli Promosi beli 6 percuma 1 atau beli 2 botol Vitamin promosi (item yang sama) bulan ini,anda boleh hubungi saya Siti Rosnah




Anda ingin order dan bayar sendiri untuk vitamin C ini?sila klik 'order now'.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...