'sihat dan cantik pilihan saya: kelebihan zikir al-wahab'

kelebihan zikir al-wahab



Assalamualaikum semua.

Zikir ya wahhab @ al-wahhab merupakan zikir yang upline dan kawan-kawan seperjuangan Shaklee selalu suruh amalkan.Zikir ini merupakan salah satu perkara yang wujud dalam master checklist.Mula-mula dulu saya agak liat jugak nak amalkan zikir.Ye la,1000 kali sehari..lagi banyak lagi bagus.Ya ALLAH ! BAnyaknya!

Tak dinafikan dulu saya ialah yang hidupnya penuh dengan alasan.Upline suruh buat itu,saya cakap ok.Mula-mula buat,lepas tu pelan-pelan tak buat,akhirnya tinggal terus.Sampailah 1 tahap,nanny merangkap upper upline saya bagi penerangan.Apa maksudnya Ya Wahhab,masa tu,baru saya tersedar dan terbangun dari koma yang panjang!Setakat mimpi boleh tahan lagi,ini koma terus.Betapa ruginya saya!



Add caption
Sebenarnya,zikir Ya Wahhab bermaksud Yang Sentiasa Memberi.

Seperti yang kita tahu,ALLAH S.W.T Maha Pemurah.Dia melimpahkan rezeki kepada setiap orang yang dikehendakinya.Tidak kiralah hamba itu Islam atau Bukan Islam,Asalkan hambanya itu berusaha.

Kehebatan Zikir Ya Wahhab

1. Dimakbulkan doa  -->  Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.

2. Permintaan dimakbulkan --> Sesiapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.


3. Menjadi kaya dan terkenal --> baca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,In Shaa Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.

Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.

4. Membebaskan diri --> Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.In Shaa ALLAH  anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.

5. Menjauhi kelaparan --> Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6. Membayar hutang --> Sesiapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).

Memang mula-mula nak amalkan,nak istiqamah,memang perit.Tapi,lama-kelamaan apabila anda sudah terbiasa amalkan zikir,bila sehari tak buat,akan akan rasa diri anda umpama tidak sempurna.Serba-serbi tidak kena.

Nak amalkan zikir untuk tujuan yang tertentu,hendaklah hati kita mempunyai kepercayaan yang kukuh dan mendalam kepada ALLAH S.W.T.Nak lagi bagus,sertakan sekali dengan solat sunat hajat disertai dengan usaha kita.Usaha dan Doa haruslah seiring.Letakkan kebergantungan kita 100 % kepada ALLAH,in shaa ALLAH apa yang kita hajati,yang kita impikan akan menjadi realiti.

Sekian dulu perkongsian untuk kali ini.Semoga kita semua terus istiqamah dalam menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini.AMinn ^_^ 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...