'sihat dan cantik pilihan saya: tips untuk atasi rasa letih'

tips untuk atasi rasa letih

Perasan tak,cuaca di negara kita kalau panas,memang panas yang amat!Rasa letih memang tak dapat nak elak.Tidak kiralah bagi yang bekerja dibawah panas terik mahupun dalam penghawan dingin,semuanya akan berasa letih.

Rasa letih secara tak langsung akan mempengaruhi produktiviti kerja.Ye la,bila badan letih,mood pun tunggang langgang,badan lesu,rasa tidak bertenaga dan sebagainya.


letihhhhhnya!
Jadi,bagaimana nak atasi rasa letih ni?Berikut merupakan sedikit tips untuk anda untuk kurangkan rasa letih.

Multivitamin

Amalan mengambil supplement atau vitamin membantu meningkatkan tenaga dan mengurangkan rasa letih.Pengambilan multivitamin juga boleh membantu anda mencegah jangkitan penyakit.Minyak ikan contohnya bagus untuk peredaran darah dan kesihatan jantung.


Bernafas dengan sempurna

Bernafaslah dengan betul dan sempurna.Pernafasan yang betul akan meningkatkan kadar oksigen dalam darah sekaligus memberikan tenaga kepada anda.Tarik nafas dalam-dalam selama beberapa saat kemudian lepaskan.Ulangi beberapa kali.


Aromaterapi

Kaedah aromaterapi dengan menggunakan wangi-wangian dikatakan dapat membantu melancarkan peredaran darah.Sebagai contoh,sari minyak pudina akan membantu tubuh anda berasa segar dan lebih bersemangat.Selain itu,minyak pine dan rosemary juga mampu mengurangkan keletihan anda.


Mandi

Mandi dengan air sejuk dapat menyegarkan tubuh terutamanya pada waktu pagi.Elakkan mandi dengan menggunakan air panas kerana ini akan membuatkan tubuh menjadi lesu dan tidak bertenaga.

Terapi warna

Warna memainkan peranan yang besar dalam merubah mood seseorang.Bahkan ia mampu mempengaruhi tenaga dalam tubbuh.Contohnya warna merah akan dapat meningkatkan tenaga dan menjadikan diri lebih bersemangat.Elakkan warna kelabu dan warna hitam.Atau nak lebih senang,pelbagaikan warna kegemaran anda setiap hari!


Teh Herba

minum teh herba dikatakan dapat membantu menguatkan mental dan memberikan tenaga.Rasanya yang lebih segar akan membuatkan anda lebih bersemangat dan keletihan anda akan hilang.



jom sama-sama atasi keletihan!Badan bertenaga,produktiviti kerja juga akan makin meningkat ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...