'sihat dan cantik pilihan saya: kembalikan keanjalan payudara anda!'

kembalikan keanjalan payudara anda!


Perasan tak,kebanyakan ibu yang menyusu bayi secara eksklusif sehingga 2 tahun atau lebih akan merasai perubahan dari segi fizikal iaitu payu dara.Setelah cukup suatu tempoh penyusuan itu,payudara akan mula mengendur,tidak elastik,hilang keanjalan dan sebagainya.

Apabila payudara hilang keanjalannya,ramai ibu-ibu di luar sana akan merasa rendah diri dan anggap ianya sebagai suatu masalah kepada penampilan diri.Sehingga terfikir tiada penyelesaiannya!

Nak-nak pulak yang tukang komplen tu suami sendiri.Oh,sentap menusuk kalbu kot ! :)

Ada petua mengatakan kalau nak bagi payudara anjal balik,amalkan berenang gaya kuak kupu-kupu.Tapi,kalau rumah tak da swimming pool,ada kolah jer nak buat macam mana?kaki memang terendam dalam  air,tapi kepala timbul.Macam kura-kura pulak dah ^_^

Faktor payudara hilang kenjalannya

  • umur - seperti yang kita sedia tahu,kolagen dalam badan akan berkurangan apabila umur kita mencapai usia 20 tahun.Kolagen ni bertindak lebih kurang seperti gam kepada sel-sel badan kita.Jadi tak hairanlah jika kita tidak mementingkan keperluan kolagen dalam badan,kulit dan payudara akan mulai kendur dan berkedut!
  • pemakanan - makan ikut suka atau lebih tepat lagi,makan ikut hati bukannya makan ikut keperluan.Titik beratkan keperluan badan dahulu dengan pengambilan makanan yang bezat lagi berkhasiat.
  • senaman - anda perlulah memastikan anda menggunakan bra yang betul sewaktu bersenam.Sebaiknya gunakanlah sport bra agar tekanan pada payudara sewaktu bersenam tidak terlalu berat.
  • lumrah alam - kedengaran agak kelakar,tetapi inilah hakikatnya.Semuanya bergantung kepada genetik kita.Sama ada cepat atau lambat jer ^_^

Langkah kembalikan keanjalan payudara ada

Percayakah anda,hanya dengan senaman mudah dari rumah,anda boleh anjalkan kembali payudara anda agar sentiasa tegang dan rapi untuk suami tercinta.Disamping menjimatkan wang,semestinya keyakinan diri anda juga akan meningkat dan kehidupan sebagai seorang ibu akan lebih bermakna!

  1. Tekan tubi beralas
Anda perlu menelangkupkan badan anda dengan tangan ditopangkan ke lantai.Letakkan objek objek seperti tuala di bahagian lutut sebagai penyokong postur.Gerakkan badan anda ke bawah dan ke atas.Ulangi pergerakan ini sebanyak 3 set sehari iaitu setiap set ada 15 kali gerakan ini.

Langkah ini akan menggerakkan otot pektoral anda dan dalam masa yang sama akan menambahkan keanjalan payudara.

kembalikan keanjalan payudara
tekan tubi beralas
2. Tekan tubi silang

Anda perlu melangkupkan badan anda ke bawah dengan tangan dan lutut ditopangkan bagi meyokong badan.Betis anda disilangkan.Anda perlu turun secara perlahan-lahan dan cuba rapatkan ke bawah dalam masa yang sama tangan anda dikuakkan.

Ulangi pergerakan ini sebanyak 15 hingga 20 kali sehari.Untuk yang pertama kali mencubainya,memadai sekadar membuat gerakan ini separuh sahaja.


anjalkan kembali payudara anda
tekan tubi silang

3. Tekanan dada ( chest press)

Seeloknya gunakan dumbell sebagai pembantu anda.Dan berat dumbell tersebut hendaklah seberat 1 kg hingga 2kg supaya bersesuaian dengan senaman ini.

Baringkan badan dan pastikan kaki dilipat.Angkat dumbell lurus ke atas dan anda perlu mengelakkan daripada mengunci siku.Perlahan-lahan turunkan dumbell agar siku anda boleh membentuk 90 darjah.

Ulangi langkah pergerakan ini sehingga 4 kali.

anjalkan kembali payudara anda
tekanan dada 

4. Palm pressing

Anda perlu berdiri dan mengangkat tangan,depakan ke hadapan.Halakan telapak tangan ke bawah dan tekan hujung jari anda dengan menggunkan tangan yang1 lagi.Lakukan selama 3 atau 5 saat.

Ulangi pergerakan ini sebanyak 8 hingga 10 kali sehari.

anjalkan kembali payudara anda
palm pressing
5. applying pressure

Berikan tekanan otot payudara untuk mengembalikan keanjalannya.Berdiri hampir dengan dinding dan letakkan telapak tangan anda pada dinding dengan kedudukan siku dikuakkan ke sisi badan.

Tekan dinding seolah-olah kita ingin menolaknya.Lakukan selama 10saat dan regangkan tangan anda dengan goyangkan tangan anda sebelum mengulanginya.

Lakukan 10 kali sehari untuk hasil yang menakjubkan.

anjalkan kembali payudara anda
applying pressure
Sedikit tips untuk anda :

  • bersenamlah di persekitaran yang mempunyai pemgudaraan yang baik.
  • praktikkan teknik pernafasan yang betul.
  • pastikan anda minum air yang secukupnya sebelum,semasa dan selepas bersenam.
Klik sini untuk mengetahui kepentingan :
semoga perkongsian yang sedikit ini dapat membantu anda semua ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...