'sihat dan cantik pilihan saya: cara nak bercerai??'

cara nak bercerai??

Cara nak bercerai?Hai lain macam jer tajuk entry kali nie admin?hehehhe..

Entry kali ini bukanlah bercerai dengan pasangan,kekasih gelap,tunang dan sebagainya.Cerai yang dimaksudkan adalah bercerai susu badan.

Menyusukan anak memang tak dinafikan satu pengalaman yang paling indah.Usai selepas melahirkan anak,terus susukan sehinggalah usia anak tersebut mencapai 2 tahun atau lebih.

Namun begitu,ada jugak para ibu yang hendak berhenti menyusukan badan apabila tiba saatnya.

Antara faktor kenapa para ibu hendak berhenti menyusu susu badan adalah kerana :

  • Hamil
  • Disebabkan penyakit tertentu
  • puting luka
Saya pernah terjumpa satu kes,nak berhenti menyusu kerana suami marah susukan anak di tempat awam walaupun ank baru 5 atau 6 bulan.Hellooo...sekarang nie,zaman moden ok.Terdapat pelbagai alternatif lain jika nak menyusu di tempat awam.Anda boleh beli kain nursing wrap yang bertindak sebagai pelindung ketika anda menyusukan bayi anda.Amalkan pakai baju yang agak labuh untuk tutup tubuh anda yang mungkin akan terdedah sewaktu menyusu.



Atau nak cara lebih mudah,carilah surau yang berhampiran ^_^

Berbalik kepada tajuk entri kali ini,antara cara yang anda boleh praktikkan untuk ceraikan si manja dari 'candu' kegemarannya adalah dengan sapu bancuhan pekat serbuk kopi pada aerola anda.Macam mana nak buat?saya tinggal di tengah-tengah bandar la kak.Tiada pokok kopi,tiada laman nak jemur biji kopi,tiada lesung besar nak tumbuk biji kopi tu sampai lumat!Tiada penapis besar dan sebagainya.Jangan risau,pasar raya kan adooo...kedai runcit pun ada jual serbuk kopi tu.Bancuh bagi pekat dan sapulah pada payudara anda.

Kalau cara pertama tak berkesan jugak,anda boleh gunakan cara kedua.Iaitu,tumbuk bawang putih sampai halus kemudia sapulah di sekitar aerola anda.In shaa ALLAH cara ini memang akan berkesan.Kalau kita yang golongan dewasa pun tidak berselera untuk makan bawang putih begitu sahaja,inikan pulak si manja yang berusia 3 tahun kebawah.

Namun,anda haruslah istiqamah.Sapu selalu bawang putih yang telah ditumbuk kalau anda benar-benar tekad nak ceraikan si manja dari candu kegemarannya!

Jangan sesekali sapu batang bajawali kerana batang bajawali memang pahit yang amat!Kesian anak anda nanti.Nanti menangis tak berhenti,anda jugak yang susah.

Semoga info yang serba sedikit ini bermanfaat untuk anda yang sedang tercari-cari bagaimana caranya nak ceraikan susu badan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...