Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips untuk para ibu yang bercadang untuk berpantang sendiri.Berpantang sendiri ini bukanlah bermaksud berpantang seorang diri.Maksudnya berpantang di rumah sendiri dan yang membantu hanyalah si suami.
Berpantang sendiri?Memang tak la!Nanti siapa yang nak tolong mandikan anak?Siapa yang nak tolong tukar pampers anak?Siapa yang nak tolong masak?Takkan la saya seorang diri nak buat semua tu?
Tapi jika ibu bapa kita di kedah,mertua di Johor dan kita pula di Pahang,terpaksa lah redah untuk berpantang sendiri :)
Sebenarnya,berpantang sendiri hanya ditemani suami akan mengajar kita tentang erti sebenar berdikari.Bermula dari celik mata,dah siap semua kerja barulah boleh rehat.
Permulaan memang agak memeritkan kerana tiada istilah rehat untuk anda.Apa yang anda perlu buat adalah kuatkan semangat anda.Jangan menangis kerap sangat taw,kang meroyan pulak!
Dan yang kedua,pekakkan telinga.Kita memang tak dapat menutup mulut orang dari berkata-kata.Antara kata-kata yang agak pedas adalah 'takut suami buat perangai la tu!'.hehehehe..Untuk pengetahuan anda,si suami kalau dia nak buat perangai,dari kita mengandung lagi dia dah buat perangai.
Ok,panjang berjela dah mukadimah nie.Tapi,tips ini hanya sesuai untuk anda yang bersalin normal sahaja.Yang bersalin secara ceaser,tak sesuai kot.
Tips berpantang sendiri
- Belajar cara-cara nak mandikan bayi (asas nih)
- Aktiviti menungku jangan tinggal
- mulakan aktiviti harian anda sebelum subuh.
- Stoking hendaklah dipakai selalu.
- Bengkung hendaklah dipakai selalu.
- Masak makanan yang berkhasiat dan simple.
- Makan buah-buahan.
- Makan supplement atau jamu.
- Letakkan bakul barangan bayi berhampiran dengan anda.
- Pastikan tidur malam anda berkualiti agar badan anda tidak letih dan lesu keesokan harinya.
- Susukan bayi mengikut keperluannya.
Sebenarnya,semasa proses berpantang sendiri ni,kerjasama antara suami dan isteri sangatlah diperlukan.Mungkin si suami boleh tolong sidai baju,siang ikan,lipat baju dan sebagainya.Mula-mula memang suami akan rasa janggal,ye la sebelum ini isteri yang buat semua itu.Tiba-tiba si suami kena buat.Takpe,alah bisa tegal biasa.Lelama nanti biasa la tu ;)
Mungkin si suami perlu korbankan masa melepak bersama kawan-kawan atau hobi yang paling dicintainya iaitu memancing :)
Apa yang perlu kita tanamkan dan setkan dalam fikiran kita,'saya boleh lakukan semua tu!Kacang parang jer'.Sebenarnya apa yang kita fikirkan,itulah yang akan terjadi.Ini adalah kerana fikiran kita tu umpama magnet.Jadi,fikirkan yang positif jer ok,yang negatif tu buang jauh-jauh.
Bila kita jauh dari keluarga rasanya kita perlu mandiri apabila dalam keadaan berpantang. Kerjasama antara suami dan isteri perlu sekali agar boleh melewati masa berpantang dengan baik. Terima kasih atas perkongsian tips tadi admin.
ReplyDelete