'sihat dan cantik pilihan saya: senaman kunci rahsia untuk tingkatkan kesuburan!'

senaman kunci rahsia untuk tingkatkan kesuburan!

Bila bercakap soal kesuburan dan perkara yang boleh dilakukan untuk hamil,ramai yang lebih suka memilih supplement,ubat-ubatan,jamu dan sebagainya.Siapa yang tak teringin nak peluk dan cium anak sendiri kan?Ditambah pula dengan kata-kata sindiran dari keluarga,rakan-rakan dan sahabat handai,memang merimaskan dan membuatkan diri tertekan.

Di sini,saya kongsikan sedikit info tentang kunci rahsia untuk tingkatkan kesuburan.


Senaman dan berat badan mempengaruhi tahap kesuburan!

Sebenarnya ramai yang menyedari fakta ini.Tapi cuba abaikan kerana kekangan masa.Isnin hingga Jumaat keluar pagi balik malam.Hari minggu nak beristirehat.Sebenarnya selepas waktu bekerja pun boleh jika nak bersenam,tetapi anda kena bersiap siaga dari awal la.Sebelum pergi kerja,sediakan siap-siap baju,seluar dan kasut yang bersesuaian dalam beg kerja anda.Selepas habis waktu bekerja,anda boleh terus pergi ke taman atau gym yang berhampiran untuk bersenam.

Biarpun senaman boleh dilakukan tanpa mengeluarkan wang walaupun sesen,ramai yang tidak mahu memilih untuk mengamalkan gaya hidup sihat ini kerana memerlukan masa yang agak lama dan memenatkan!Dengan bau peluh lagi,agaknya inilah sebabnya ramai yang tidak mahu bersenam kot :)

Bagaimana Senaman mampu meningkatkan kesuburan?

Apabila kita bersenam,secara tidak sedar :
  • berat badan akan mengalami penurunan ataupun berat badan akan kekal ideal.
  • menurunkan tahap stress
  • meningkatkan peredaran darah ke seluruh badan.
Ini termasuklah meningkatkan pengaliran darah ke organ peranakan bagi penghasilan telur yang berkualiti dan rahim yang lebih sihat untuk tumbesaran janin.

Berita baik untuk wanita!Apabila kita melakukan senaman,hormon dan kesihatan kardiovaskular akan meningkat.Perubahan ini akan memberikan manfaat kepada jantung dan membaiki kadar gula dan insulin dalam darah.

Namun,senaman haruslah setimpal dengan keupayaan dan bersesuaian dengan kita.

Senaman yang keterlaluan akan menganggu keseimbangan hormon dalam badan.Dan ketidakseimbangan hormon akan menjejaskan proses ovulasi dan kitaran haid.

Di samping senaman,gabungan diet yang betul juga merupakan salah satu kunci rahsia untuk tingkatkan kesuburan.Jangan melantak tak ingat dunia,senaman hari-hari tapi komplen 'eh,kenapa berat badan aku tak turun-turun pun?!'

Lebihkan memakan makanan yang berkhasiat yang tinggi antioksida,vitamin dan mineral yang tinggi.Kurangkan makan daging dan ayamKurangkan ok,bukannya tak boleh makan lagsung :)

selain itu,Vitamin C juga merupakan vitamin yang sangat bagus untuk wanita.Vitamin C boleh memperbaiki cecair serviks.Namun,jangan ambil dos yang berlebihan kerana boleh menyebabkan kekeringan serviks.

Disyorkan ambil Vitamin C tidak melebihi 1,000 mg sehari.

Vitamin yang sesuai untuk lelaki amalkan pula adalah Zinc Complex,Vitamin C dan Vitamin E.Ini adalah kerana vitamin-vitamin ini mengandungi selenium.

Amalkan gaya hidupb yang sihat,pemakanan yang seimbang dan sihat.Amalkan juga supplement yang sesuai untuk tingkatkan kesuburan anda suami dan isteri.Moh la kita menyahut seruan kerajaan untuk meramaikan lagi rakyat malaysia ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...