'sihat dan cantik pilihan saya: makanan yang melindungi payudara'

makanan yang melindungi payudara

Seperti yang semua ketahui,payudara merupakan aset terpenting bagi insan yang bergelar wanita.Tanpa payudara,seorang wanita itu akan terasa dirinya tidak sempurna.Untuk pengetahuan anda,Oktober adalah Bulan Kanser Payudara.Jadi,disini saya akan kongsikan makanan yang terbaik untuk melindungi aset yang paling berharga bagi setiap wanita.

bulan kanser payu dara
Bunga Kubis

bunga kubis
Hakikatnya bunga kubis mengandungi sulforaphane yang berfungsi dan berupaya menghentikan pertumbuhan sel kanser dalam kajian makmal.Bunga kubis bertindak dengan cara mengganggu keupayaan sel kanser untuk membiak.

Bunga kubis juga mengandungi bahan yang dikenali sebagai 13c,yang merendahkan paras estrogen yang berkemungkinan menggalakkan tumor dari berkembang.

Cara memasak yang dicadangkan adalah sama ada dengan stim atau panggang.JANGAN sesekali merebusnya kerana 75 % bahan penentang kanser akan larut dalam air yang digunakan.

Ubi Keledek

ubi keledek
Tahukah anda sebiji ubi keledek sepanjang 5 inci mengandungi 11,062 mg beta karoten,sejenis bahan karotenoid yang membantu tubuh 'menggunakan' estrogen dengan lebih baik.

Wanita yang memiliki paras beta karoten dan karotenoid yang rendah berisiko dua kali diserang kanser payudara.Wanita yang tinggi paras beta karoten dan karotenoid dalam darah kurang berisiko 

Sos Tomato

sos tomato
Dalam sos tomato mengandungi likpen iaitu antioksida yang berkuasa dan berupaya menentang kanser payudara.Ia bertindak dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel.

Disamping itu,likopen juga membantu melindungi kulit dari kanser yang berpunca daripada kesan pendedahan cahaya matahari.

Likopen mudah diserap ke dalam tubuh badan apabila terdedah kepada haba.Jadi tomato yang dimasak lebih baik berbanding dengan tomato mentah.

Likopen adalah larut lemak,oleh itu,campurkan minyak zaitun untuk membantu penyerapan.


Oleh itu,sama-samalah kita sebagai wanita menjaga pemakanan agar aset berharga kita lebih terjaga dan sihat.Mahukah anda menanggung derita,menjalani kimoterapi,melakukan pembedahan untuk membuang aset berharga kita?Mesti la tak nak kan?

Oleh itu,jagalah diri nada semua  kerana dirimu begitu berharga!

1 comment:

  1. memang bagus info ni..sebagai seorang wanita kita kena berhati-hati..banyak faktor boleh menjadi punca kanser payudara terutamanya makanan..

    Ibu Riana Onlineshop

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...