'sihat dan cantik pilihan saya: bermimpilah hingga ke bintang!'

bermimpilah hingga ke bintang!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Semua orang ada impian masing-masing bukan?impi nak rumah banglo besar,rumah ada swimming pool,nak pakai kereta golf,nak bawak mak abah pergi haji,nak bawak keluarga keliling dunia,nak langsaikan semua hutang yang ada.

Pelbagai impian terlakar.Kalau nak cakap satu-satu,esok pun tak habis :)


Namun,apalah gunanya mempunyai beribu impian tetapi diri kita sendiri malas nak bekerja keras nak capai impian kita itu?

Bayangkan,bangun pagi celik mata jer terus on televisyen.Tonton tv tu sampai ke malam.Lepas tu doa,ya ALLAH ya tuhanku,bagilah aku bebas hutang,bagilah aku kaya,bla..bla...bla...tapi diri sendiri duduk tengok televisyen.Dari pagi sampai ke malam.

Adakah dengan tindakan kita itu,impian kita akan tercapai dengan mudahnya?agak-agak anda?

Mustahil la.Nak capai sesuatu impian atau target,kita kena korbankan masa.Contohnya masa tengok tv,masa baca novel,masa tidur disiang hari,masa menganyam ketupat bersama jiran-jiran tersayang dan sebagainya.

Apa yang perlu saya buat apabila nak gapai impian saya?

Ibaratkan impian anda itu sebagai buah mangga.Bagi penggemar buah mangga,anda pasti perasan kan,bila terbayang jer buah mangga tu,kecur air liur.wah..sedapnya..yummy!

Seterusnya,fokus.

Tetapkan matlamat anda dan fokus.Sememangnya dalam menuju kejayaan,pelbagai rintangan akan datang.Tidak kiralah dari keluarga,sahabat handai atau orang sekeliling.Anda kena pekakkan telinga dan buat apa yang anda fokus.Kiranya kuat semangat la.Tetapi haruslah diingat,semuanya perlu berlandaskan garis panduan yang telah ditetapkan oleh ALLAH.


 Fokus haruslah disertai dengan perancangan yang sebaiknya.Apa yang anda nak,berapa terget anda,berapa lama tempoh masa anda nak capai impian anda perlu diambil kira.Nak senang lagi,tulis dan tampal di mana-mana tempat yang selalu anda tengok.Contohnya di cermin meja solek atau di papan putih berhampiran dengan meja kerja anda.


Eh...eh...terbalik la pulak :) kira boleh la yer.Kalau saya,memang saya akan buat jadual begini.Tulis tarikh dan catitkan berapa banyak points yang kita dapat dalam sehari,seminggu mahupun sebulan.

Impian kita tercapai atau tidak,semuanya atas diri kita masing-masing.Jangan sesekali mudah berputus asa dan hilang fokus terhadap impian kita.Kuatkan hati,kuatkan semangat dan yang penting,FOKUS!

Pastikan kita membuat yang terbaik untuk diri sendiri,keluarga dan agama.Semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat..aminn..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...