Assalamualaikum semua.
Nama saya Siti Rosnah Binti Abdullah.Seorang isteri dan ibu kepada seorang putera.Apa pekerjaan saya?duduk rumah goyang kaki?atau makan tidur? ^_^
Saya adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa tetapi dalam masa yang saya menjalankan bisnes online.Bisness apa tu kak long?Semestinya Shaklee ^_^.Mempunyai group sokongan yang mantap dan berkaliber di bawah naungan Wan Fatihanum dan Sha Salleh.Seronok taw bila ada talian hayat ni :) Saya juga merupakan Pengedar bebas Shaklee anda sekitar kawasan Kuala Terengganu.Atau nak dikecilkan skop lagi,saya boleh cod (cash on delivery) sekitar kawasan Manir,Kuala Terengganu dan kawasan sekitar yang berhampiran dengan Manir seperti Tanjung Sabtu,Kuala Telemong,Kampung Batu Hampar dan kawasan sekitarnya.
Di mana terletaknya Manir,Kuala Terengganu?
Manir ialah sebuah pekan yang terdapat kira-kira 9 atau 10 km dari pusat bandar Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Kawasan ini merupakan kawasan berpenduduk majoriti Melayu99 peratus sementara yang lain terdiri daripada penduduk kaum Cina. Manir terbahagi kepada dua iaitu kampung Manir asal (Manir pasar dan kampung sekitarnya) dengan Kampung Manir Kubang Jela. Penduduk pekan ini dianggarkan berjumlah 7000 orang.
kawasan Manir terletak di sepanjang aliran Sungai Terengganu sehingga 14km ke timur, hingga ke sempadan pekan Telemong.
Manir terkenal semenjak dahulu lagi terkenal sebagai pusat perniagaan tradisional. Pasar Manir adalah satu pasar tradisional mega yang diadakan setiap hari Sabtu. Pasar ini menarik ramai peniaga tetap dan tidak tetap, termasuklah peniaga dari Thailand, Vietnam, China dan Indonesia. Antara barangan yang dijual di sana termasuklah barangan kulit, pasar basah, kuih muih tradisional dan pakaian.
Jadi tak hairanlah jika hari sabtu jer,jalan memang akan sesak sepanjang jalan pasir Manir.
Bagaimana nak menghubungi saya?
Anda boleh menghubungi saya di :
Telefon mudah alih : 013-9156881.
Facebook :Siti Rosnah
Page : Iman In Da House
Blog : imanvitahouse.blogspot.com
Terpulang kepada anda samada mahu berhubung dengan saya melalui whatsapp,telegram,wechat,mesej biasa mahupun telefon terus.
Sekiranya anda ingin berhubung melalui telefon,sila pastikan anda telefon sekurang-kurangnya 2 kali.Ini adalah kerana saya ada anak kecil yang perlu diuruskan.Mana la taw kan,masa anda telefon tu,saya sedang mandikan anak ker :)
Baiklah,akhir kata untuk warga-warga sekitar Manir,Kuala Terengganu,jangan segan-segan tau nak mintak saya cod supplement Shaklee untuk anda semua.In shaa ALLAH saya akan memberikan servis dan layanan yang terbaik punya.Dari konsultasi cadangan apa yang anda perlukan hinggalah jadual pemakanan supplement.Istimewa hanya untuk pelanggan yang membeli dari saya sahaja :)
sekian terima kasih ^_^