Jangkitan salur kencing memang memeritkan!Ia bermula dengan simptom ingin membuang air kecil yang hadir secara tiba-tiba dan kerap.Desakan untuk membuang tak setanding dengan air kecil yang dibuang!
Desakan untuk membuang air kecil ini juga turut diiringi dengan rasa seperti terbakar pada pundi kencing.
Berita gembira untuk anda yang segan untuk pergi ke klinik adalah sebenarnya barang-barang yang terdapat di dapur boleh dijadikan sebagai penawar.
Antaranya adalah :
Nenas
Ini adalah kerana nenas mengandungi bromelain yang merupakan enzim.Dalam.satu kajian,individu yang mengidap masalag jangkitan salur kencing yang diberi antibiotik berserta bromelain dilihat berjaya mencegah jangkitan lebih serius.
Oleh itu,anda digalakkan mengambil secawan nenas bagi mengelak dan sekali gus menyembuhkannya.
Serbuk penaik
Masalah salur kencing yang terjadi lebih dari 2 hari memerlukan rawatan segera.Ini adalah kerana jika dibiarkan ia akan mengjangkiti buah pinggang.Bagi mengelaknya cubalah campurkan 1 sudu serbuk penaik ke dalam segelas air.
Serbuk penaik bertindak dengan meneutralkan tahap keasidan urin.
Air putih
Pastikan anda minum banyak air putih.Sekitar 8 gelas sehari.Dan anda seharusnya membuang air kecil sekitar setiap 4-5 jam.
Ini adalah bertujuan untuk menyingkirkan bakteria keluar daripada tubuh melalui urin yang dihasilkan.
Selain itu,rasa sakit boleh dikurangkan dengan cara meletakkan air suam bada bahagian bawah perut.
Vitamin C
Vitami C akan mengekalkan kesihatan pundi kencing dengan menjadikan urin lebih berasid.Dan ini sekaligus akan mencegah kehadiran bakteria dalam pundi kencing.
Sekiranya penawar dari dapur tidak berkesan untuk anda,silalah dapatkan rawatan segera dari klinik atau hospital berdekatan anda :)