'sihat dan cantik pilihan saya: tips pilih kasut semasa hamil'

tips pilih kasut semasa hamil

Mengandung merupakan detik yang paling indah bagi setiap wanita.Mengandungkan zuriat suami tercinta,merasa tendangan pertama bayi,merasa pergerakan halus dalam perut.Sesungguhnya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata betapa manisnya pengalaman itu!

Bila dah mengandung,banyak perkara yang perlu dititikberatkan.Bermula dari soal pakaian luar dan dalam,pemakanan,penjagaan kesihatan,soal vitamin sepanjang kehamilan dan sebagainya.



Namun,antara perkara yang perlu dititik beratkan oleh para ibu hamil adalah pemilihan kasut yang sesuai sepanjang kehamilan.

Pemilihan kasut yang sesuai sepanjang kehamilan sangatlah mempengaruhi keselesaan si ibu.Di awal trimester mungkin si ibu berasa selesa untuk memakai kasut bertumit,bertali,design cantik dan sebagainya.





Antara tips pilihan kasut semasa hamil ialah :

Elak kasut tumit tinggi

Pilih kasut tanpa tumit yang lembut dan lebar.Tetapi jika masih mahu memakai kasut yang bertumit,pilihlah kasut yang tumit yang  ketinggiannya maksimum.

Untuk langkah keselamatan,kasut bertumit hanya boleh dipakai sebelum kandungan mencecah enam bulan.

Daya sokongan kuat

Kasut yang dipilih perlulah mampu menyerap hentakan yang kuat.Jadi,pilih tapak kasut yang mencengkan dan hindari tapak kasut yang lincin.

Jenis sarung

Ini adalah untuk memudahkan anda agar tidak perlu membongkok tubuh ketika mahu memakainya.Cuba bayangkan dengan keadaan perut yang memboyot,mesti sukar bukan untuk menunduk semata-mata untuk memakai kasut.

Jangan sekadar muat

Elakkan membeli kasut yang terlalu ketat atau sekadar muat bagi mengelakkan masalah pengaliran darah di bahagian kaki.Kesannya kaki anda mungkin akan melecet atau sakit.

Kasut sukan

Jika sesuai dengan corak tugasan anda di tempat kerja,anda digalakkan memakai kasut sukan kerana ia akan membuatkan anda lebih selesa.

Semoga info yang tak seberapa ini dapat membantu anda semua.Saya doakan anda semua tabah sabar mengharungi dugaan sepanjang kehamilan anda :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...