'sihat dan cantik pilihan saya: Makanan yang menjejaskan kehidupan seks anda!'

Makanan yang menjejaskan kehidupan seks anda!

Ha,mesti anda terkejut bukan dengan tajuk entry kali ini?Jangan tak tahu,sebenarnya makanan kegemaran anda sebenarnya memberikan kesan kepada kehidupan seksual anda.Bayangkan makanan kegemaran anda boleh menjejaskan atau dalam erti kata sebenar memicu rasa ghairah anda!Ngeri dengar.

Pasti anda sedang terfikir bukan,ada ker makanan yang mendatangkan mudarat kepada badan kita?haishhh,macam tak logik jer.

Sebagai contoh,rata-rata tahu rasanya coklat gelap dan badam merupakan makanan yang dapat meningkatkan ghairah seks.Sebenarnya penting untuk kita untuk mengetahui makanan yang boleh menjejaskan dan merosakkan organ pembiakan anda.Penting taw untuk keharmonian rumah tangga dengan si dia yang tersayang!

makanan menjejaskan kehidupan seks
makan,makan dan makan
Jom kita baca untuk ketahui maklumat selanjutnya.

Pemanis Tiruan

Ini adalah kerana pemanis tiruan mengandungi aspartame iaitu bahan yang boleh menjejaskan hormon gembira dalam badan (serotonin).

Tanpa hormon ini,libido dan mood anda akan terjejas.

Pemanis tiruan turut mendatangkan kesan sampingan seperti resah,imsonia,sakit kepala dan sebagainya.

Keju



Seperti yang kita ketahui,kebanyakan produk tenusu yang berlambak di pasaran sekarang kebanyakannya telah diproses.Pengambilan produk tenusu yang berlebihan dalam badan akan meningkatkan peningkatan toksin dalam badan.Secara tidak langsungnya,ia turut mengganggu pengeluaran hormon estrogen,progesteron dan testosteron.Hormn-hormon ini penting dalam meningkatkan mood ghairah seks.

Minuman bergas



Minuman ini akan menyebabkan masalah kesihatan seperti obesiti,kencing manis,kaviti gigi dan sebagainya.Ini adalah kerana ia mengandungi kandungan gula yang tinggi dan ditambah dengan gas.Memang enak bila diminum,tetapi kesannya anda akan dapat selepas beberapa bulan dan mungkin makan masa bertahun.

Emping jagung



Lebih dikenali sebagai 'corn flakes'.Dr.John Harvey Kellog menyediakan bijirin ini sebagai diet untuk mengurangkan nafsu seks.

Sekiranya anda merancang untuk melakukan adegan romantis bersama pasangan anda,lebih baik anda juahkan diri 'corn flakes'.

Soya



Soya merupakan pengganti terbaik bagi daging.Soya juga mengandungi unsur-unsur protein.Tetapi kacang soya yang mengandungi fitoestrogen dan gmo akan bersaing dengan hormon seks lelaki.

Ia cukup untuk menyebabkan masalah kesuburan kepada kaum adam.

Cip kentang goreng


Pengambilan 1 pek kentang goreng sahaja sudah cukup untuk merosakkan tisu dan sel-sel badan.Ini adalah kerana kentang goreng dan makanan ringan senang untuk disediakan tetapi harus dipanaskan atau digoreng dalam suhu yang tinggi.

Pemanasan minyak pada suhu yang tinggi akan menyebabkan minyak bertoksik dan menganggu nafsu anda.

Semoga perkongsian yang serba sedikit ini akan membantu anda untuk lebih sihat dan ceria-ceria selalu ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...