Semenjak dua menjak ini kan,jeruk mangga asam boi teramatlah terkenal!Sampaikan ada yang jual jeruk mangga asam boi secara online.Bagitau nak berapa bekas,bank in duit,tunggu je depan rumah abg pos laju datang hantar.Wah!banyak senanggg oooo..
Saya memang penggemar buah mangga.Kalau bagi 10 biji,sekali hadap jer rasanya ^_^.Alhamdulillah masa mengandungkan iman dulu,waktu tu musim buah mangga di Perlis.
Tapi,selepas selamat melahirkan iman,memang tak nak makan langsung mangga.Hatta jeruk sekalipun.Sebab dah puas makan mangga waktu mengandug dulu.Selamat duit suami i :)
Semenjak dua menjak tiba-tiba mai balik keinginan nak makan mangga.jeng...jeng..jeng...ada isi pulak ker? In shaa ALLAH. ^_^
Bangun pagi-pagi lagi,memang rancang nak pergi pasar.Nak cari mangga dan asam boi!hehhehehe..Bermulalah episod mencari mangga bersama suami dan keluarga mentua.Haruslah kena bawak mentua,sebab saya dan suami tak berapa tahu,kurang pemahaman tentang selok belok kedai buah di Terengganu.
Destinasi pertama adalah Pasar Payang.Terletak berhampiran dengan Kampung Cina,Kuala Terengganu.Apabila tiba di destinasi yang dituju,syukur alhamdulillah!senang jer nak cari orang yang menjual buah mangga :)
Ok,buah mangga dah jumpa,asam boi pun dah jumpa.Moh la kita balik rumah.Sebelum balik,sempat lagi bergambar.
Panas lip.lip ooi... |
Dah sampai rumah,maka bermulalah misi membuat jeruk mangga asam boi.
Senang jer,kupas dan bersihkan buah mangga.Potong memanjang atau ikut kreativiti anda sendiri.Masukkan sedikit gula (saya letak 1/2 sudu jer,tak suka manis sangat),beberapa biji asam boi,4 biji cili dan 3 sudu air.
Masukkan dalam peti sejuk boleh sejam atau dua jam,siap untuk dimakan!
Ha....nampak tak?sedapppp nih.Tak banyak air,cukup rasa.Bukan cukup rasa bubuh ajinomoto tu.Cukup rasa pedas,masin,manis dan masam!Bila makan tu,rasa ranggup dan sejuk.yummy!
Cubalah anda buat sendiri.Pasti puas hati :)
Jeruk asam boi nie memang sedap...saya pon lebih suka beli bahan-bahan dan buat sendiri di rumah. Kita boleh makan dengan anggota keluarga yang lain dan puas menikmati hasil tangan sendiri. Kalau beli rasannya tentu belum pasti sama dengan kita buat sendiri.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterbayang-bayang rasa jeruk asam boi ni...
ReplyDeleteJom Baca: Cara untuk atasi sembelit