'sihat dan cantik pilihan saya: tips untuk anak kerap bangun malam'
Showing posts with label tips untuk anak kerap bangun malam. Show all posts
Showing posts with label tips untuk anak kerap bangun malam. Show all posts

anak kerap bangun malam?Bagaimana nak atasinya?

Kebanyakan bayi yang yang minum susu ibu memang akan kerap bangun malam.Boleh dikatakan setengah jam sekali pasti akan bangun dan menangis.Mungkin ini tidak menjadi masalah kepada ibu yang sudah mempunyai pengalaman sebelum ini.Tapi,bagi yang baru sahaja bergelar ibu,ini tentu menjadi masalah kepada mereka.

Ye la,ingatkan dalam tempoh berpantang ini dapatlah berehat sepuas-puasnya selepas bertarung nyawa berjam-jam untuk membawa si comel menjenguk dunia baru.Ternyata tekaan anda tu silap ok.Bersabarlah,banyak pahalanya si ibu berjaga dan susukan anak.



Kenapa bayi yang minum susu ibu akan kerap terjaga?


Ini adalah kerana susu ibu mudah hadam.Jadi adalah tidak mustahil setengah jam kemudian,bayi anda akan bangun semula untuk minta susu.

Jangan sesekali terfiir yang susu anda sikit atau tidak cukup untuk bayi.Seperti yang kita semua ketahui,susu ibu adalah susu yang terbaik di dunia ini.Bermula dari khasiatnya hinggalah ke kebaikannya kepada bayi dan anda,semuanya sempurna!.Disamping menjimatkan wang,in shaa ALLAH bayi akan akan lebih sihat dan kulitnya akan menjadi lebih gebu.

Usahlah anda rasa terbeban kerana selalu kena bangun malam untuk menyusukan bayi anda.Ganjaran pahala menanti anda.

Namun,apabila usia anak anda sudah mencapai 2 tahun,sudah disulamkan dengan susu formula dan makanan pejal yang lain,tapi kerap jugak bangun malam,anda wajib dan harus lakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini!

Anda boleh mencuba strategi yang lain agar anak anda tidur lebih lena di malam hari.

Strategi tidur yang anda boleh cuba

Sebelum tidur

Sebelum tidurkan si manja anda mestilah memastikan beliau selesa dan nyaman.Bermula dengan memeriksa lampin pakai buangnya,keadaan dan suasana dalam bilik tidur,keselesaan pakaiannya dan sebagainya.

Ubah pola tidur anak

Jangan sesekali biarkan anak anda bangun tidur lewat.Kejutkan lah anak anda sewaktu anda selesai membersihkan diri dan sebagainya.

Bayangkan jika anda anda bangun tidur lewat,kemungkinan untuk anda anda tidur pada siang adalah sekitar 3 atau 4 petang.Kalau anak anda tidur sekejap,anda harus bersyukur.Tetapi bila anak anda tidur sehingga 1 atau 2 jam,bersiap siagalah anda untuk berkhidmat di malam hari nanti ;)

Biarkan anak bermain dengan sepuas-puasnya.

Jika anda kelapangan pada waktu petang,bawaklah anak anda untuk bermain dan berjalan-jalan di taman.Biarkan mereka bermain dengan bebas.Namun,anda haruslah memerhatikan dan selalu menjaga keselamatan mereka setiap masa.

Si kecil memang berbeza dengan orang dewasa.Perasan tak apabila anda bermain kejar-kejar dengan mereka,kita akan letih terlebih dahulu.ini adalah kerana mereka mempunyai saiz dan bentuk badan yang lebih kecil berbanding kita.Anak-anak hanya menggunakan 45 % tenaga mereka untuk menggerakkan badan mereka yang ringan itu.

Sediakan makananan yang seimbang dan berkhasiat 

Isu makanan yang paling penting dan perlu dititik beratkan untuk anak-anak.Ini adalah apabila mereka sihat,perut pun kenyang dan kurang meragam,tentunya tidur mereka akan lebih nyenyak dan berkualiti.

Anda sudah boleh memberikan vitamin dan supplement seperti minyak ikan @ omega 3 apabila usia mereka telah 1 tahun.

Jangan selalu memberikan makanan segera yang tidak berkhasiat kerana ketika ini,perkembangan mereka sedang berkembang dengan pesatnya!

Saya sendiri pernah mengalami apa yang anda lalui sekarang.Perkara yang paling penting,kita hendaklah sentiasa peka dengan keperluan anak-anak.In shaa ALLAH apabila mereka tidur lena,tidur kita pun tentunya akan lebih berkualiti :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...