'sihat dan cantik pilihan saya: manfaat elak diabetes'
Showing posts with label manfaat elak diabetes. Show all posts
Showing posts with label manfaat elak diabetes. Show all posts

elak diabetes,buah pinggang selamat

Penyakit buah pinggang bukanlah penyakit baru yang dialami oleh masyarakat dunia.Baik di MALAYSIA mahupun di luar sana,penyakit buah pinggang tidak pernah menunjukkan mengurangan.Bak kata orang,mencegah lebih baik dari merawat.
Tapi di Malaysia,cegah sudah,rawat pun sudah,Tetapi masih juga mempamerkan peeningkatan penyakit ini setiap tahun.
saya pernah terdengar seorang doktor mengatakan..'rakyat Malaysia lebih suka makan ikut nafsu..bukannya ikut keperluan'.BETULKAH ????hanya anda yang tentukannya.

Menurut pengerusi Yayasan Buah Pinggang Malaysia,Datuk Dr.Zaki Morad Mohamed Zakir,di Malaysia,kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik adalah disebabkan penyakit kencing manis selain tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan masyarakat.Majoriti pesakit kencing manis tidak dapat mengawal tahap kesihatan mereka sehingga menyebabkan penyakit lain turut serta.

Langkah pertama penjagaan buah pinggang
  • mengesan penyakit ini pada peringkat awal-awal lagi.
Ini adalah penting terutama sekali jika seorang pesakit diabetes.Ini menyebabkan anda berisiko tinggi bagi menghidap penyakit buah pinggang.

TANDA-TANDA & GEJALA PENYAKIT BUAH PINGGANG
  • berat badan menurun tanpa sebab
  • rasa loya & muntah
  • letih & lesu
  • sakit belakang.
  • penukaran kekerapan atau corak kencing
  • urin yang mengandungi darah 
  • rasa pedih ketikamembuang air
  • bengkak pada muka,kaki & abdomen
  • kesukaran untuk tidur malam.
Malangnya,semua tanda-tanda di atas tidak akan kelihatan sehinggalah buah pinggang anda mengalami kerosakan yang teruk.

Kemungkinan juga anda lansung tidak mengalami sebarang tanda atau simptom walaupun buah pinggang anda tidak berfungsi lagi.

Oleh yang demikian,anda tidak boleh bergantung kepada tanda-tanda gejala @ simptom di atas untuk mengesan penyakit ini.




Di mata dunia,MALAYSIA memegang tangga pertama penyakit buah pinggang yang disebabkan oleh obesiti dan diabetes.



GOLONGAN YANG BERISIKO UNTUK MENDAPAT PENYAKIT BUAH PINGGANG
  • pesakit diabetes
  • pesakit darah tinggi
  • sejarah keluarga 
  • orang yang mempunyai masalah batu karang
Faktor usia juga boleh menjurus kepada peningkatan pesakit buah pinggang.
Mereka yang berusia 55 tahun ke atas perlu mendapatkan rawatan kesihatan yang berkala bagi mengelak penyakit buah pinggang.Ini adalah kerana mereka berisiko tinggi untuk mengidap penyakit buah pinggang.

Perlu anda ketahui,diabetes bukan sahaja merosakkan buah pinggang malah juga anggota lain seperti mata,jantung,saraf dan saluran darah.

Sebaiknya jaga pemakanan untuk mengelak penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi,.

Kurangkan makan makanan manis,lemak  & garam,tetapi banyakkan serat,.



KETIDAKSEIMBANGAN BAHAN KIMIA
Kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik juga disebabkan oleh pembentukan batu karang di dalam buah pinggang atau saluran pundi kencing.Ia berlaku kerana ketidakseimbangan bahan kimia dalam badan sesorang individu tersebut.Ini termasuk mineral kalsium,urik asid,dan oxalate

Kadang-kadang terdapat kekurangan atau kelebihan hormon dan enzim tertentu di dalam badan sehingga terjadinya batu karang.

Pembentukan batu karang boleh menjejaskan dan merosakkan buah pinggang kerana ia mungkin merosakkan isi buah pinggang,saluran pundi kencingtersumbat sehingga menyebabkan tekanan terhadap buah pinggang yang dikenali sebagai "back pressure".



Namun begitu,batu karang dalam buah pinggang boleh dikeluarkan dan kembali pulih seperti biasa.Pembuangan batu karang pada zaman sekarang jarang melibatkan pembedahan besar.Jika dikenalpasti lebih awal dan batu karang masih bersaiz kecil,ianya boleh dihancurkan melalui kaedah 'shock wave'.Rawatan ini dipanggil Extracorporeal Shock wave litotrypsy atau ESWL.


kesimpulannya,kita haruslah mencegah tubuh badan kita dari dihinggapi diabetes..mula-mula diabetes..lepas tu melarat pulak...akan datang penyakit buah pinggang,batu karang,tekanan darah tinggi..jadi,MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT OK..makan ikut keperluan,,.bukan ikut nafsu ok.. ;-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...