'sihat dan cantik pilihan saya: resepi pavlova'
Showing posts with label resepi pavlova. Show all posts
Showing posts with label resepi pavlova. Show all posts

Resepi Pavlova Memikat selera semua.

Assalamualaikum semua.

Selamat bercuti.Mungkin ketika entry ini dutulis,saya berada di Johor.Jalan-jalan makan   angin,tengok tempat orang.Orang cakap,jauh perjalanan,makin luas pemandangan.Yer tak?

Walaupun ketika dalam perjalanan yang panjang,entry blog haruslah diupadate setiap hari.Untuk apa?Semestinya untuk menaikkan jumlah traffic blog ^_^.Serius saya cakap,mula-mula saya cuba  update entry setiap hari,alahai terasa stress,tension dan sebagainya.Kering idea adalah perkara biasa.Tapi lama-kelamaan,kalau tak mengadap lappy,tak update entry terbaru,terasa tidak lengkap hidup saya :).

Terasa seolah-olah otak saya ini makin tepu.Segala yang ada di dalam hati dan otak terasa tak dapat nak diluahkan dengan kata-kata.Ha,begitu hebat rupanya penangan apabila terjebak ke dalam dunia blog ini ^_^.

ok,tak nak cakap banyak,kali  ini saya akan kongsikan mengenai resepi pavlova.Siapa yang suka pencuci mulut yang manis-manis pasti akan mengemari pavlova ini.

Apa itu pavlova?




Pavlova adalah sejenis pencuci mulut yang agak manis,keraknya yang ranggup dan yang paling menggoda ialah susun atur buah-buahan segar di atasnya.

Sebenarnya pavlova merupakan hidangan popular dan merupakan masakan yang agak penting Autralia dan New Zealand.Pavlova dihidangkan semasa perayaan atau majlis makan-makan.

Pavlova juga merupakan pencuci mulut yang paling popular ketika musim panas.Tetapi di Australia dan New Zealand,pavlova dimakan sepanjang musim.

Tetapi di Malaysia,kita boleh dapatkan pavlova dalam pelbagai saiz.Semuanya bergantung kepada orang yang membuatnya.

Sampaikan saiz mini pavlova pun ada.Bagi yang baru nak mencuba makan pavlova,anda bolehlah mencuba mini  pavlova ini.


Bahan-bahan untuk membuat Pavlova


  • 4 biji putih telur
  • 240 g gula kastor
  • 60 g tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • krim putar secukupnya
  • buah-buahan ikut citarasa anda (strawberry,kiwi,blueberry,angur,dll)


Cara membuat Pavlova

  • Putar putih telur pada kelajuan sederhana
  • Apabila adunan telah nampak berbuih,masukkan gula kastor dan dan putar pada kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi kental.
  • Seterusnya masukkan tepung jagung dan esen vanilla.
  • Kaup balikkan adunan menggunakan spatula.
  • Sudu adunan mengikut saiz kegemaran anda pada loyang pembakar.
  • Bakar pada suhu 160'c selama 45 hingga 50 minit. (sehingga acuan berwarna agak perang).
  • Sejukkan seketika barulah paipkan krim putar.
  • Susun buah-buahan kegemaran anda mengikut kreativiti anda.
  • Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba semua.

Bagi saya,saya tidak berapa menggemari makanan manis.Tapi bagi pavlova ini,jika tidak rasa manis,tak sedap la pulak ^_^.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...