'sihat dan cantik pilihan saya: June 2015'

bayi asyik menangis? | bagaimana nak atasinya?

Assalamualaikum dan selamat bersua kembali :)

Saya rasa semua ibu bapa akan mengalami situasi begini.Bayi asyik menangis dan meragam memang akan membuatkan ibu bapa agak kelam kabut.Nak-nak lagi buat mereka yang baru bergelar ibu bapa buat pertama kali.Betul tak?

Kalau diikutkan petua orang tua-tua,apabila bayi menangis biarkan dahulu buat seketika.Jangan terus ambil,nanti lama-kelamaan bayi akan menjadi manja atau bahasa kasarnya pijak kepala ibu dan bapa.Asyik menangis nak dukung jer.

Sepatutnya,pada pendapat saya lah sebagai seorang ibu dan suri rumah sepenuh masa,ibu dan bapa harus segera bertindak dengan cepat dan pantas apabila bayi dah mula menangis.

Membiarkan mereka tanpa pujukan hanya akan menggalakkan tangisan mereka bertambah kuat.Betul tak?Jadi,sebelum tangisan mereka semakin kuat,eloklah kita ambil tindakan segera.Sebab kadang-kala apabila tangisan mereka sudah menjadi semakin parah,makin susah untuk mereka berhenti menangis.

Tips tenangkan tangisan bayi



  • Memberi susu
ibu,saya lapar :(
Pada bulan-bulan pertama kelahiran,kelaparan merupakan punca utama bayi menangis.Memberikannya susu adalah cara yang paling berkesan untuk tenangkannya.Bayi anda akan terus berhenti menangis sebaik sahaja anda acukan puting payudara ke dalam mulutnya.Ini menunjukkan bahawa bayi anda lapar atau dahaga.

  • Membelai bayi

Ini merupakan jenis hubungan mesra yang bayi anda perlukan untuk menenangkan dirinya dan berhenti menangis.Dukunglah secara menegak pada bahu anda dan gosok belakang badan bayi anda secara perlahan-lahan.Mungkin ada angin didalam badannya.

  • Membedung bayi

Balut bayi anda dalam selimut bayi dengan agak ketat.Jangan terlampau ketat sangat sudah la ^_^.
Ini mungkin akan menenangkan bayi anda.Bayi akan berasa lebih selesa dalam keadaan sempit umpama berada didalam rahim.

Dan jika anda tidak reti untuk membedung bayi anda dengan menggunakan kain selimut bayi atau kain batik,anda boleh beli bedung segera yang banyak terdapat dipasaran kini.

  • Menepuk bayi secara perlahan

Berikan tepukan  lembut dan usapan manja dibelakang badan atau perut bayi anda secara berirama.Ini akan dapat membantub bayi anda sendawa dan sekaligus akan meredakan tangisannya jika ianya berpunca daripada masalah kembung.

  • Mengalihkan perhatian

Berikan mainan yang berwarna warni kepada bayi anda.Mungkin dengan cara ini,tangisan mereka akan berkurangan.Berikan mainan yang berwarna- warni dan boleh dipegang oleh mereka.

Tips-tips lain

  1. Gantikan lampin pakai buang bayi anda.
  2. Sapukan minyak telon pada perut,betis dan tapak kaki bayi anda.
  3. Bawa bayi anda berjalan-jalan sekeliling rumah.
  4. Mandikan bayi anda (ketika cuaca panas)
Semoga tips-tips diatas sedikit sebanyak dapat membantu dan memudahkan anda untuk meredakan tangisan si comel.Apabila bayi tidak meragam,si ibu pun lebih selesa untuk berehat atau membuat kerja rumah.Di samping itu,emosi ibu dan bapa juga  stabil dan lebih tenang .

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...