'sihat dan cantik pilihan saya: August 2014'

berkuatkuasa sekarang !

Assalamualaikum semua..

Mesti anda tertanya-tanya bukan,projek kepit suami? ?? Takkan la awak nak kepit suami awak 24 jam??macam la suami awak tu tiada kerja nak buat,asyik nak berkepit jerrr memanjang.



No..no..no...jangan berfikir negatif ok..elakkan dari bersangka buruk terhadap orang lain.

Sebenarnya 'projek kepit suami' ini bukanlah asyik nak berkepit je dengan encik suami 24 jam sehari.Ia lebih menjurus kepada para isteri. :)

Bayangkan bila anda ada pendapatan sendiri.Memang tak dinafikan zaman sekarang dah ramai suami isteri bekerja.Tujuannya adalah mencari rezeki untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat sekarang nie.

Ok,berbalik pada tajuk.Pernahkan anda,sebagai isteri,suri rumah sepenuh masa,duduk di rumah menjaga anak semata-mata..tiada pendapatan LANGSUNG! membayangkan suatu saat nanti suami anda meninggal dunia??

Bagaimanakah kehidupan anda dan anak-anak saat itu?Mungkin ada diantara kita akan cakap,suami saya ada insurans.Adakah duit insurans tersebut akan dapat serta merta selepas kematian suami anda?Sanggupkah anda tebalkan muka menadah tangan memohon simpati dari mak ayah dan sanak saudara?

Atau,lebih menakutkan,suami anda pasang 'spare part' .Waktu tu mungkin akan meroyan kot  !Ye la,selama nie makan minum,duit belanja kita si suami yang tanggung.Adakah bila tiba saat itu,baru anda nak celik mata wahai para isteri?Bangun pukul 3 4 pagi,buat kuih,buat nasi lemak.

Pilihan terletak di tangan kita.Adakah kita nak bersusah payah sekarang atau nak bersusah payah pada masa akan datang?Masa tu mungkin kita akan ada anak 2,3 atau 5 orang??

Artikel ini bukanlah bertujuan untuk menakutkan anda.Sekadar renungan untuk anda semua.

Ya.REZEKI,AJAL,MAUT di tangan ALLAH.Tapi,kita perlulah berusaha untuk ke arah yang lebih baik,berusaha untuk mengubah hidup kita.Mungkin sebelum nie,kita hidup susah atau hidup secara sederhana.Belajar dengan menggunakan wang pinjaman PTPTN.Cuba berfikir dah berapa tahun agaknya kita bekerja?Adakah hutang PTPTN sudah langsai?Adakah kita mahu anak cucu kita turut rasai situasi yang sama?

Sekarang,cuba anda bayangkan apabila kita punya pendapatan sendiri.Boleh pergi bercuti di dalam dan luar negara tanpa memikirkan masalah kewangan.Tanpa memikirkan masalah politik pejabat,bebanan kerja dan sebagainya.Bercuti dalam erti sebenar bercuti.Oh,alangkah indahnya dunia :)



Waktu bercuti tu bolehlah berkepit sepuas-puasnya kan? :) berkepit dengan suami dan anak-anak tersayang.Nak berkepit 24 jam pun tiada orang kisah ok.

Inilah yang dinamakan 'projek kepit suami'.hehehe..Jadi,buat para isteri dan ibu-ibu di luar sana,berusahalah untuk membantu kewangan suami kesayangan anda ok.Berniagalah atau buatlah produk apa pun asalkan halal dan tidak melanggar syariat agama.


cara bantu anak makan sayur dan buah


meal shakes makanan segera tanpa curiga!

Apa itu mealshake?apa kandungannya?dibuat dari apa? ? Itulah antara persoalan yang sering dilontarkan kepada saya.Semoga entry berkenaan meal shake ini sedikit sebanyak membantu anda.

Meal shake mengandungi 19 vitamin,protein dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.

Disamping itu,meal shake juga kaya dengan sumber kalsium dan mengandungi glimeks indeks yang rendah.

Antara nutrient di dalam meal shake

Fakta meal shake

○ membekalkan nutrien kepada sel-sel badan
-meal shake kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) membantu dalam membentuk kulit,kuku,rambut,organ-organ,darah,dan sel-sel imunisasi.

○ nutrisi lengkap
-menyediakan 24 jenis vitamin A-Z,mineral,dan trace mineral.Trace mineral berfungsi sebagai penyerapan vitamin-vitamin dan mengaktifkan enzim.

○untuk pembesaran
- terdapat asid folic,biotin,kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.

○ anti oksida
- mengandungi vitamin A,C,E, zinc dan silenium.Vitamin ini merupakan antara komponen anti- penuaan.

○ pemulihan kulit
- mengandungi vitamin B-complex lengkap,iron untuk membentuk sel darah merah yang sihat.

○ detox
- kaya dengan serap yang membantu untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.

Meal shake sesuai untuk individu:

♥ Ibu mengandung
♥ ibu menyusu
♥ kerap sembelit
♥ terlalu kurus
♥ selalu demam dan selsema
♥ asthma @ semput
♥ kanak-kanak obesiti.



*this product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
** produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati atau mencegah sebarang penyakit.


panduan pemakanan untuk wanita hamil

Tahukah anda,sepanjang tempoh kehamilan,berat badan wanita akan bertambah sekurang-kurangnya 5kg.Tetapi purata pertambahan berat badan hamil adalah 12 kg.

Kalau berat badan naik mendadak,contohnya 4 kg dalam masa sebulan,memang nurse akan bising ^_^.Memang kerja mereka kan pantau pesakit.Kebiasaanya wanita hamil memang akan banyak lebih dari biasa.Itu adalah normal ^_^.



Pertambahan berat badan ini dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu :

  • pemakanan
  • senaman
Pemakanan

  • Wanita hamil digalakkan untuk makan 3 kali sehari.Jangan makan untuk 2 orang
  • makan dalam jumlah yang sederhana.
  • Jenis makanan juga mempengaruhi pertambahan berat badan.
Wanita yang gemar memakan makanan dan minuman manis akan mengalami pertambahan berat badan yang mendadak dan berisiko tinggi untuk mengidap penyakit diabetes ketika hamil.

Oleh itu,di sini disertakan jenis-jenis makanan yang baik untuk anda semua.

Karbohidrat

Makan karbohidrat berserat tinggi.Contohnya roti wholemeal atau beras perang.

 
makanan berkabohidrat tinggi

Lemak
Kurangkan atau elakkan makanan yang berlemak dan bergoreng.Contohnya laksa lemak,nasi lemak,mee goreng dan sebagainya.

nasi lemak

Sayur-sayuran
Tidak ada had dalam memakan sayur-sayuran.Ini adalah kerana ianya mempunyai kalori yang rendah dan penuh dengan vitamin dan pelbagai serat.

sayur-sayuran

Buah-buahan
Buah-buahan yang rendah gula seperti belimbing dan jambu  batu adalah lebih baik dari buah-buahan yang manis seperti durian,rambutan dan lain-lain.

buah-buahan

Protein
Protein hendaklah dimakan dalam jumlah yang sederhana.Antaranya adalah ikan dan ayam (bahagian dada) kerana ianya kurang lemak.


Makanan segera
Kebanyakan makanan segera ini berkalori tinggi.Maka,anda haruslah elakkan daripada memakannya sewaktu hamil.

makanan segera

senaman

Senaman sangat penting dilakukan ketika hamil.Jika anda ingin melakukan senaman,lakukannya secara beperingkat.Jangan terlalu memaksa diri sehingga terlalu penat di penghujung senaman tersebut.Pastikan anda memakai baju dan seluar atau kasut yang sesuai.

Dan paling penting,jangan lupa minum air yang banyak sewaktu dan selepas melakukan senama.Ini adalah bertujuan untuk mengelak tubuh anda terhidrasi.


Semoga garis panduan ini akan membantu para wanita hamil di luar sana untuk mengawal kenaikan berat badan sepanjang kehamilan.

testimoni set kesuburan

Pengalaman mengandungkan zuriat sendiri merupakan anugerah yang terindah bagi setiao wanita yang telah bergelar isteri.

Tetapi ada juga sesetengah wanita mengalami masalah untuk sukar hamil walaupun dah pelbagai cara diusahakan.Bertahun berkahwin tetapi masih belum ada tanda-tanda hamil.Ditambah dengan tekanan dari orang sekeliling,keluarga mentua dan sebagainya merupakan satu ujian yang hebat buat wanita.

Jangan pernah terfikir untuk berputus asa.In shaa ALLAH pasti akan ada zuriat sebagai lambang kasih sayang anda suami isteri.Yang penting banyakkan bersabar dan terus berdoa ok..

Jom kita lihat testimoni set kesuburan shaklee







Alhamdulillah mereka berjaya hamil dengan set kesuburan shaklee...Kita cuma mampu berusaha dan berikhtiar..selebihnya berserah kepada ALLAH S.W.T...

Anda juga ingin mencubanya...???

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Siti rosnah bt Abdullah
Pm | whatsapp
013-9156881



*this product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

PMS OH PMS

Gejala atau sindrom Pra-Menstruasi (PMS) sering menghantui kebanyakan wanita setiap bulan.Gejala ini boleh dirasai 14 hari sebelum keluarnya darah haid.Ramai yang mengeluh apabila terpaksa melalui gejala ini.

pms
Pelbagai masalah pasti timbul sekali gus 'menyeksa' tubuh wanita setiap kali period.Apa yang pasti,gejalanya memang berbeza-beza antara wanita.

Antaranya:


  • Perubahan emosi



Mudah marah,sedih,sensitif dan perasaan serba tidak kena.


  • Badan mudah penat,lemah,tidak bersemangat atau malas bergerak.
  • Sakit kepala dan migrain
  • Pinggang terasa sakit,lenguh,ketegangan di bahagian perut sehingga ada yang pengsan.
  • Nafsu makan dan minum meningkat,menyukai masakan masam atau pedas.
  • Berat badan bertambah kerana tubuh menyimpan air dalam jumlah yang banyak.Timbul rasa sakit sewaktu haid dianggap normal sekiranya kesakitan yang dirasai itu tidak melampau.
Rasa sakit ketika haid juga dianggap sebagai gejala semulajadi disebabkan perubahan hormon sebelum sehingga sesudah haid.

Menjelang menstruasi jumlah hormon estrogen dan progestaron tidak seimbang.Disebabkan faktor inilah berlakunya kontraksi rahim sewaktu proses pengeluaran darah haid.

Tips mudah atasi PMS

  1. Perbanyakkan pengambilan makanan berkalsium tinggi.Kalsium mampu mencegah ketegangan dan menstabilkan cecair dalam tubuh
  2. Amalkan pengambilan Vitamin C dos tinggi atau buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C
  3. Amalkan pengambilan makanan tambahan yang mengandungi Vitamin B6 dan Vitamin E untuk mencegah ketegangan pada perut.
  4. Kurangkan pengambilan garam kerana ia dapat mengurangkan pengumpulan air berlebihan dalam tubuh.
  5. Kurangkan makanan yang bertepung,kafein dan coklat.
  6. Makan makanan yang berserat tinggi
  7. Bagi individu yang mengalami masalah anemia (kurang darah),sebaiknya amalkan pengambilan makanan tambahan atau makanan yang tinggi khasiat zat besinya.
makanan tinggi kalsium

testimoni set kelegaan senggugut shaklee




sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Set kesihatan sendi


Apa itu sendi ?

Sendi adalah struktur khusus pada tubuh yang berfungsi sebagai penggerak hubungan antara tulang. Jadi, sendi adalah daerah tempat dua tulang bertemu. Perlu diketahui, tulang di dalam tubuh dapat berhubungan secara erat atau tidak erat. 

Sakit sendi berpunca daripada pelbagai jenis kecederaan atau keadaan seperti rheumatoid arthritis atau osteoarthritis.

Walau apa pun pucanya,ia ternyata menyakitkan dan membebankan.Apabila sakit sendi mucul,persoalan yang sering bermain di fikiran hanyalah satu iaitu mencari cara untuk melegakannya !

Shaklee menawarkan set kesihatan sendi bagi kesihatan sendi optimum.



set kesihatan sendi shaklee

Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

 ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Kajian klinikal mendapati ekstrak boswelia dalam Advanced Joint Health Tablet berkesan dalam masa 5 hari pengambilan dan ia lebih berkesan berbanding jenama terkemuka Osteo Bi-Flex®1 dalam kategori yang sama.



Omega Guard

  • Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)


  •  Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
  • Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  • Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum,  merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.
Kebaikan Omega Guard

  • Mencegah salur darah dari tersumbat
  • Omega 3 dapat mengelakkan strok
  • Merendahkan kolestrol
  • Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan


Ostematrix

  •  menyediakan satu matriks unik nutrien kritikal termasuk kalsium,vitamin D,magnesium.

♡ magnesium berperanan untuk membantu menggabungkan kalsium kedalam tulang serta menguatkannya.
♡ vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

Kalsium diperlukan untuk :
● membina tulang dan gigi yang sihat
● membantu mengekalkan tekanan darah normal.
● membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
● membantu mengurangkan simptom2 senggugut seperti perut kembung,kekejangan,retensi air,mudah meradang & kemurungan.




testimoni






anda ingin order dan bayar sendiri?sila klik


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Apa itu Episiotomi ?

Episiotomi sering dikaitkan dengan ibu yang telah bersalin.Walaubagaimanapun,episiotomi bergantung kepada pihak hospital.Ini adalah kerana sesetengah hospital kerajaan akan mintak persetujuan anda terlebih dahulu untuk melakukan episiotomi ini.

JOM kenali apa Episiotomi.

Episiotomi adalah prosedur yang melibatkan potongan yang dilakukan menggunakan gunting khas di kawasan perineum.Potongan tersebut mungkin dilakukan di garisan tengah atau menyerong dari kawasan luaran faraj hinggan ke punggung.

eposiotomi

Ia proses yang tidak menyakitkan,bagaimanapun proses pemuliharaan luka episiotomi terpaksa dilalui dengan penuh kesakitan sehinggakan ada yang mengeluh sukar duduk,berjalan,membuang air kecil dan paling menakutkan membuang air besar.


Tetapi sekarang episiotomi tidak lagi menjadi sebahagian rutin proses bersalin.Ini kerana kajian menunjukkan episiotomi tidak sepatutnya dilakukan tanpa alasan yang kukuh.

Antara faktor yang menyebabkan anda disarankan menjalani episiotomi adalah :

  • bahu bayi tersekat
  • bayi bersaiz besar
  • otot perineal yang keras dan tidak anjal.
  • koyakan yang bakal dialami dikhuatiri melibatkan dubur hingga boleh meningkatkan risiko jahitan kepada ibu.
  • Timbul kesan stress kepada bayi ketika proses meneran.
Tips kurangkan sakit jahitan episiotomi


  • Mandikan bahagian terbabit dengan air suam.Pastikan anda tekap bahagian yang dijahit perlahan-lahan dengan tuala lembut dan bersih.
  • Dedahkan bahagian terbabit ke udara selama 10 minit sekali atau dua kali sehari supaya 'pengudaraan' berlaku.
  • Jika sakit untuk duduk,gunakan pelampung kanak-kanak atau tuala yang dibentukkan seperti donat di atas kerusi.
  • Gunakan pad gel dingin.Kedinginan akan mengebaskan bahagian jahitan dan mengelakkan daripada bengkak.
  • Simpan tuala wanita yang akan digunakan dalam peti sejuk terlebih dahulu.
  • Jirus kaki dengan air ketika membuang air kecil atau besar.Ia dapat mengelakkan jahitan daripada berasa sakit.
  • Amalkan senaman lantai pelvik untuk melancarkan peredaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Disamping itu,anda juga boleh menggunakan zinc complex sebagai alternatif untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka.



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

set buasir shaklee

Buasir umpama mimpi ngeri bagi sesetengah individu.Ini adalah kerana apabila pesakit buasir akan mengalami kesakitan di samping gerun melihat darah yang keluar bersama-sama najis saat 'membuang'.

Jom kenali buasir.

Buasir atau hemorrhoids boleh di kategorikan kepada dua kumpulan iaitu :


  •  buasir dalaman -Buasir dalaman adalah apabila buasir bermula dari dalam saluran dubur. 



  • buasir luaran - Sementara buasir luaran pula berasal dari kawasan sekeliling lubang dubur.





Buasir Dalaman

Lazimnya,buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum.Buasir ini tidak bahaya tapi sekiranya kita meneran dan najis keras semasa membuang air besar,kemungkinan permukaan buasir yang tertekan,teregang dan ianya boleh pecah dan menyebabkan berdarah.Darah akan kelihatan pada najis atau mangkuk tandas.Jika keadaan ini terjadi,anda perlu dapatkan bantuan perubatan kerana darah tersebut mungkin dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kolorektrum.Buasir dalaman juga menyebabkan anda ada 'ketumbuhan' terkeluar dilubang anus.



Buasir Luaran


Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya


buasir luaran boleh dibahagikan kepada 4 bahagian :

Peringkat pertama : Buasir hanya berdarah sahaja,tetapi tidak terkeluar.




Peringkat kedua : Buasir terkeluar dan boleh masuk dengan sendirinya,samada berdarah atau tidak.




Peringkat ketiga : Buasir terkeluar dan perlu ditolak semula dengan jari ,samada berdarah atau tidak.

Peringkat Keempat : Buasir terkeluar dan tidak boleh langsung dimasukkan semula.


===============================================================

SET Buasir Shaklee


anda ingin order dan bayar sendiri?sila klik 



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Penapis Air Shaklee

Air adalah keperluan asas manusia untuk terus hidup.Mungkin air di rumah kita nampak jernih,tetapi tahukah anda bahawa bendasing tersembunyi pada air bersih???Mungkin ada diantara kita akan jawap,rumah saya dah ada penapis air,apa nak risau lagi ???

Sebenarnya,bahan kimia seperti racun perosak,logam berat dan bahan cemar industri yang boleh membahayakan kesihatan mungkin terdapat dalam air yang anda sekeluarga minum saban hari.Tambahan pula.20 % daripada punca pendedahan plumbum terhadap manusia datangnya dari air minuman.

air kotor
 Get Clean Water dari Shaklee merupakan sistem penapis jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula,Jadi,kuranglah botol plastik yang perlu dibuang.

Get Clean Water merupakan sistem penapisan air multipaten yang baru.Berbanding dengan jag air yang lain,jag air Get Clean Water menggunakan sebatang blok karbon untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99 %.

Get Clean Water

Walaupun harganya bukan ribuan ringgit,tetapi Get Clean Water menandingi jenama terkemuka yang lain !
Eh betul ker nie ??? yer...jadi lepas nie tak perlulah kita bersusah payah nak keluarkan duit ribuan ringgit hanya untuk penapis air ok ?Kenapa Get Clean Water menandingi jenama terkemuka yang lain ?jom,check it out.


  • Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum,merkuri,kadmium dan bahan-bahan cemar lain disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat.
  • Disahkan dapat mengurangkan klorin,jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin.
  • Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan-dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
  • Sistem penuras Jag Air berblok-Karbon Isian semula yang pertama.

Keistimewaan Get Clean Water Pitcher?

1. mudah untuk digunakan.
 -Tak perlu susah payah nak nak sambung paip.Hanya tuang air ke dalam jag ini,boleh terus minum.

2.Filter tak perlu susah payah nak cuci.
- Bila dah cukup tapisan 303 liter (80 gelen) air,tukar saja filter.Filter harga mampu milik.


3.Kualiti air yang jernih dan sedap diminum.

4.senang dibawa ke mana-mana..(sebab tak kena sambung paip).


full set get clean water

Kebanyakan penapis air akan diletakkan berhampiran dengan sinki.Ini adalah kerana penapis air tersebut kena sambungkan dengan paip air.Kini,dengan Get Clean Water,anda boleh letakkan penapis air di mana jua,contohnya letakkan atas meja makan.Mudah bukan ?

Anda berminat untuk membeli dan order sendiri Get Clean Water ini ??? sila klik




sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Adab mandikan bayi baru lahir

Semua orang suka bayi yang baru lahir bukan ? Baunya yang harum dan menenangkan jiwa ! Bayi yang dikandung 9 bulan telah menjengah melihat dunia kini.Justeru ibu bapa yang beragama ISLAM mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan Islam.

Mungkin antara kita yang tidak memberi perhatian dalam tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari.Dalam tempoh ini,kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

mandikan bayi yang baru lahir
Antaranya ialah :

  1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha,kerana pada waktu ini fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang.Gunakan air yang suam.
  2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan,kemudian baru disiramkan ke kaki,seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
  3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi.Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik.
  4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala.Siraman di kepala dilakukan secara perlahan,supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga.Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi,tangan digunakan untuk menggosok dahi.
  5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa.Sambil memandikan,hati berzikir Ya Latif,Ya Hadi.
  6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selsema atau jangkitan kuman.
  7. Siraman yang terakhir.dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah.Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini,kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses 'gugur' tali pusat.
  8. Selepas selesai mandi,lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih.
  9. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah lemah paru-paru.
Credit to : Kakinovel

Kenali ubat penahan sakit bersalin

Ubat tahan sakit ketika bersalin lazim digunakan menghadapi sakit bersalin.Saya sendiri salah seorang pesakit yang menggunakan ubat tahan sakit ketika hendak lahirkan Iman 1 tahun 8 bulan lepas.Tapi,sesetengah ibu mengandung tidak mengambil ubat penahan sakit kerana mereka mempunyai alasan yang tersendiri.Pendek kata,mereka nak merasai sakit hendak bersalin secara alami.



Ubat penahan sakit bersalin yang digunakan secara meluas di Malaysia terbahagi kepada 3 iaitu :


  • Entonox
  • Suntikan pethidine
  • Epidural
Entonox 




  • Merupakan pengambilan gas campuran oksigen dan nitrous oxide dengan nisbah 50 : 50.
  • Diberi secara sedutan melalui topeng muka khas dan kesannya boleh bertahan dalam tempoh masa 15-30 saat ketika ia dihidu.
  • Sekiranya anda berminat untuk gunakan kaedah ini,anda dinasihatkan untuk menghidu entonox sejurus sebelum kontraksi berlaku untuk menghilangkan kesakitan yang dialami.
Kesan sampingan 
  • masalah loya
  • pening
  • mengantuk
Kelebihan
  • kosnya murah
  • senang digunakan serta terbukti selamat kepada ibu dan bayi di dalam kandungan,
Kekurangan
  • Cara paling kurang efektif berbanding yang lain kerana proses bersalin memang sakit.

Suntikan pethidine


  • Adalah ubat yang diberikan secara suntikan ke dalam otot contohnya di bahu @ pinggul.
  • Ubat yang telah disuntik itu akan meresap ke dalam darah dan memberi kesan kea atas sistem saraf utama,lalu menghilangkan kesakitan.
  • Walau bagaimanapun,ia boleh meresap ke dalam uri,dan seterusnya memberi kesan sampingan kepada bayi di dalam kandungan.
  • Oleh kerana itu,pethidine tidak digalakkan diberi sejurus sebelum melahirkan anak.
Kesan sampingan
  • mengantuk
  • loya
  • pening
  • muntah
  • kesan kepada bayi.
Kelebihan 
  • Dapat mengurangkan lebih banyak kesakitan berbanding penggunaan entonox.
Kekurangan
  • Tidak dapat menghilangkan kesakitan 100 %.
Epidural


  • Pengambilan ubat pelali berjenis setempat (local anaesthetics) yang disuntik ke kawasan tulang belakang anda ketika melalui proses bersalin.
  • Turut boleh digunakan untuk proses kelahiran melalui pembedahan caeserean dan boleh membantu mengurangkan kesakitan kepada yang mengalami kesukaran bersalin di mana forsep dan vakum terpaksa digunakan.
  • Cara yang paling berkesan untuk menghilangkan kesakitan yang bakal dialami ketika dalam proses bersalin kelak.
  • Ia berdasarkan prinsip menghalang transmisi kesakitan ke sistem saraf utama pada bahagian saraf tunjang di tulang belakang.
Kesan sampingan
  • kebas di bahagian kaki akan hilang apabila dos epidural dikurangkan.
  • Anda juga mungkin mengalami kesukaran membuang air disebabkan kesan epidural pada pundi kencing.
  • Jangan khuatir kerana tiub kencing akan dimasukkan untuk mengatasi masalah ini.
  • Tekanan darah juga boleh menurun walaupun keadaan ini hanya sementara.
Kelebihan
  • Cara terbaik dan paling berkesan untuk meghilangkan kesakitan semasa bersalin.
  • Disarankan kepada ibu bersalin buat kali pertama atau golongan yang mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi.
Kekurangan
  • Kaedah paling berisiko tinggi kerana prosedur yang dilakukan adalah kompleks dan rumit.
  • Turut melibatkan kos yang tinggi terutamanya di hospital swasta kerana alat yang digunakan serta khidmat kepakaran doktor bius yang melakukannya.


Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan pakar perbidanan tentang keputusan pengambilan epidural ketika bersalin.Tanyalah lebih lanjut agar anda lebih faham dan bersedia.


Credit to : Majalah pa & ma

Vitamin Apa Saya Perlu Ambil untuk Meningkatkan Memori saya & Meningkatkan Tenaga?

Banyak faktor boleh mempengaruhi memori anda seperti keadaan perubatan atau penyakit.  Tahap tenaga menurun juga boleh menyumbang kepada kealpaan. Nasib baik, vitamin tertentu boleh membantu untuk meningkatkan daya ingatan anda dan meningkatkan tenaga. Ingatlah bahawa rawatan alternatif tidak harus menggantikan rawatan konvensional. Anda harus berjumpa dengan pakar kesihatan sebelum meningkatkan dos vitamin.


pelbagai vitamin


vitamin C 
Vitamin C atau asid askorbik, adalah vitamin antioksidan yang menghalang kerosakan yang mungkin berlaku disebabkan oleh radikal bebas --- molekul berbahaya yang dihasilkan apabila badan anda menjadi makanan kepada tenaga.

vitamin C shaklee


ingin tahu lebih lanjut tentang vitamin C? sila klik vitamin c shaklee

Ginkgo Biloba 
Ginkgo biloba telah digunakan selama beberapa dekad untuk membantu merawat pelbagai penyakit dan juga meningkatkan daya ingatan. Ginkgo biloba menggalakkan aliran darah yang baik darah di seluruh badan anda, yang seterusnya membantu dalam meningkatkan memori anda dengan memastikan darah yang sampai ke otak anda.

Ginkgo Biloba

Vitamin B 
Vitamin B sering dirujuk sebagai vitamin tenaga. Semua vitamin B membantu dalam membantu karbohidrat seterusnya badan anda menjadi glukosa, membekalkan badan anda dengan tenaga. Vitamin B adalah penting untuk pengeluaran neurotransmitter, bahan kimia yang mempengaruhi mood anda. Vitamin B juga membantu mengekalkan sel-sel saraf yang sihat dan memastikan mereka membawa oksigen ke otak anda.


Hakikatnya,kita haruslah bijak memainkan peranan dalam memilih makanan dan supplement dalam kehidupan seharian agar badan kita mendapat nutrisi yang secukupnya .

Sumber : http://www.livestrong.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...