'sihat dan cantik pilihan saya: panduan pemakanan untuk wanita hamil'

panduan pemakanan untuk wanita hamil

Tahukah anda,sepanjang tempoh kehamilan,berat badan wanita akan bertambah sekurang-kurangnya 5kg.Tetapi purata pertambahan berat badan hamil adalah 12 kg.

Kalau berat badan naik mendadak,contohnya 4 kg dalam masa sebulan,memang nurse akan bising ^_^.Memang kerja mereka kan pantau pesakit.Kebiasaanya wanita hamil memang akan banyak lebih dari biasa.Itu adalah normal ^_^.



Pertambahan berat badan ini dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu :

  • pemakanan
  • senaman
Pemakanan

  • Wanita hamil digalakkan untuk makan 3 kali sehari.Jangan makan untuk 2 orang
  • makan dalam jumlah yang sederhana.
  • Jenis makanan juga mempengaruhi pertambahan berat badan.
Wanita yang gemar memakan makanan dan minuman manis akan mengalami pertambahan berat badan yang mendadak dan berisiko tinggi untuk mengidap penyakit diabetes ketika hamil.

Oleh itu,di sini disertakan jenis-jenis makanan yang baik untuk anda semua.

Karbohidrat

Makan karbohidrat berserat tinggi.Contohnya roti wholemeal atau beras perang.

 
makanan berkabohidrat tinggi

Lemak
Kurangkan atau elakkan makanan yang berlemak dan bergoreng.Contohnya laksa lemak,nasi lemak,mee goreng dan sebagainya.

nasi lemak

Sayur-sayuran
Tidak ada had dalam memakan sayur-sayuran.Ini adalah kerana ianya mempunyai kalori yang rendah dan penuh dengan vitamin dan pelbagai serat.

sayur-sayuran

Buah-buahan
Buah-buahan yang rendah gula seperti belimbing dan jambu  batu adalah lebih baik dari buah-buahan yang manis seperti durian,rambutan dan lain-lain.

buah-buahan

Protein
Protein hendaklah dimakan dalam jumlah yang sederhana.Antaranya adalah ikan dan ayam (bahagian dada) kerana ianya kurang lemak.


Makanan segera
Kebanyakan makanan segera ini berkalori tinggi.Maka,anda haruslah elakkan daripada memakannya sewaktu hamil.

makanan segera

senaman

Senaman sangat penting dilakukan ketika hamil.Jika anda ingin melakukan senaman,lakukannya secara beperingkat.Jangan terlalu memaksa diri sehingga terlalu penat di penghujung senaman tersebut.Pastikan anda memakai baju dan seluar atau kasut yang sesuai.

Dan paling penting,jangan lupa minum air yang banyak sewaktu dan selepas melakukan senama.Ini adalah bertujuan untuk mengelak tubuh anda terhidrasi.


Semoga garis panduan ini akan membantu para wanita hamil di luar sana untuk mengawal kenaikan berat badan sepanjang kehamilan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...