Assalamualaikum semua..
Mesti anda tertanya-tanya bukan,projek kepit suami? ?? Takkan la awak nak kepit suami awak 24 jam??macam la suami awak tu tiada kerja nak buat,asyik nak berkepit jerrr memanjang.
No..no..no...jangan berfikir negatif ok..elakkan dari bersangka buruk terhadap orang lain.
Sebenarnya 'projek kepit suami' ini bukanlah asyik nak berkepit je dengan encik suami 24 jam sehari.Ia lebih menjurus kepada para isteri. :)
Bayangkan bila anda ada pendapatan sendiri.Memang tak dinafikan zaman sekarang dah ramai suami isteri bekerja.Tujuannya adalah mencari rezeki untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat sekarang nie.
Ok,berbalik pada tajuk.Pernahkan anda,sebagai isteri,suri rumah sepenuh masa,duduk di rumah menjaga anak semata-mata..tiada pendapatan LANGSUNG! membayangkan suatu saat nanti suami anda meninggal dunia??
Bagaimanakah kehidupan anda dan anak-anak saat itu?Mungkin ada diantara kita akan cakap,suami saya ada insurans.Adakah duit insurans tersebut akan dapat serta merta selepas kematian suami anda?Sanggupkah anda tebalkan muka menadah tangan memohon simpati dari mak ayah dan sanak saudara?
Atau,lebih menakutkan,suami anda pasang 'spare part' .Waktu tu mungkin akan meroyan kot !Ye la,selama nie makan minum,duit belanja kita si suami yang tanggung.Adakah bila tiba saat itu,baru anda nak celik mata wahai para isteri?Bangun pukul 3 4 pagi,buat kuih,buat nasi lemak.
Pilihan terletak di tangan kita.Adakah kita nak bersusah payah sekarang atau nak bersusah payah pada masa akan datang?Masa tu mungkin kita akan ada anak 2,3 atau 5 orang??
Artikel ini bukanlah bertujuan untuk menakutkan anda.Sekadar renungan untuk anda semua.
Ya.REZEKI,AJAL,MAUT di tangan ALLAH.Tapi,kita perlulah berusaha untuk ke arah yang lebih baik,berusaha untuk mengubah hidup kita.Mungkin sebelum nie,kita hidup susah atau hidup secara sederhana.Belajar dengan menggunakan wang pinjaman PTPTN.Cuba berfikir dah berapa tahun agaknya kita bekerja?Adakah hutang PTPTN sudah langsai?Adakah kita mahu anak cucu kita turut rasai situasi yang sama?
Sekarang,cuba anda bayangkan apabila kita punya pendapatan sendiri.Boleh pergi bercuti di dalam dan luar negara tanpa memikirkan masalah kewangan.Tanpa memikirkan masalah politik pejabat,bebanan kerja dan sebagainya.Bercuti dalam erti sebenar bercuti.Oh,alangkah indahnya dunia :)
Waktu bercuti tu bolehlah berkepit sepuas-puasnya kan? :) berkepit dengan suami dan anak-anak tersayang.Nak berkepit 24 jam pun tiada orang kisah ok.
Inilah yang dinamakan 'projek kepit suami'.hehehe..Jadi,buat para isteri dan ibu-ibu di luar sana,berusahalah untuk membantu kewangan suami kesayangan anda ok.Berniagalah atau buatlah produk apa pun asalkan halal dan tidak melanggar syariat agama.