JOM kenali apa Episiotomi.
Episiotomi adalah prosedur yang melibatkan potongan yang dilakukan menggunakan gunting khas di kawasan perineum.Potongan tersebut mungkin dilakukan di garisan tengah atau menyerong dari kawasan luaran faraj hinggan ke punggung.
eposiotomi |
Ia proses yang tidak menyakitkan,bagaimanapun proses pemuliharaan luka episiotomi terpaksa dilalui dengan penuh kesakitan sehinggakan ada yang mengeluh sukar duduk,berjalan,membuang air kecil dan paling menakutkan membuang air besar.
Tetapi sekarang episiotomi tidak lagi menjadi sebahagian rutin proses bersalin.Ini kerana kajian menunjukkan episiotomi tidak sepatutnya dilakukan tanpa alasan yang kukuh.
Antara faktor yang menyebabkan anda disarankan menjalani episiotomi adalah :
- bahu bayi tersekat
- bayi bersaiz besar
- otot perineal yang keras dan tidak anjal.
- koyakan yang bakal dialami dikhuatiri melibatkan dubur hingga boleh meningkatkan risiko jahitan kepada ibu.
- Timbul kesan stress kepada bayi ketika proses meneran.
Tips kurangkan sakit jahitan episiotomi
- Mandikan bahagian terbabit dengan air suam.Pastikan anda tekap bahagian yang dijahit perlahan-lahan dengan tuala lembut dan bersih.
- Dedahkan bahagian terbabit ke udara selama 10 minit sekali atau dua kali sehari supaya 'pengudaraan' berlaku.
- Jika sakit untuk duduk,gunakan pelampung kanak-kanak atau tuala yang dibentukkan seperti donat di atas kerusi.
- Gunakan pad gel dingin.Kedinginan akan mengebaskan bahagian jahitan dan mengelakkan daripada bengkak.
- Simpan tuala wanita yang akan digunakan dalam peti sejuk terlebih dahulu.
- Jirus kaki dengan air ketika membuang air kecil atau besar.Ia dapat mengelakkan jahitan daripada berasa sakit.
- Amalkan senaman lantai pelvik untuk melancarkan peredaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Disamping itu,anda juga boleh menggunakan zinc complex sebagai alternatif untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka.
sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse
***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.
*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.