'sihat dan cantik pilihan saya: nona lancarkan haid'
Showing posts with label nona lancarkan haid. Show all posts
Showing posts with label nona lancarkan haid. Show all posts

NONA LANCARKAN HAID


Setiap wanita di luar sana pasti pernah mengalami 'SENGGUGUT' atau lebih dikenali sebagai PMS kan..???
Tiap-tiap bulan pms...jumpa doktor pun sudah...akhirnya doktor akan cakap,awak kahwin then pregnant,,nanti akan hilang la 'PMS' awak tu..OMG...dah preggy memang la tak kena PMS dah...sebab wanita preggy datang haid...apa da doktor nie.. ^_^




Lagi bahaya apabila sakit jer kita makan panadol or pain killer ( yang warna pink ) tu..eh..period pain la...pain killer pulak dah..hehehehehe..diperbuat dari bahan-bahan sintetik..oh no...

Tapi,tahukah anda ??? Rupa-rupanya ada petua tradisional untuk lancarkan haid..

Selain daripada dikenali sebagai nama buah nona,buah ini juga dipanggil sebagai nona seri kaya atau pun seri kaya terutamanya di kalangan masyarakat tempatan.

Annona squamosa L..
nama botani bagi nona ini bukan sahaja mengandungi banyak kandungan vit c,bahkan juga sesuai direbus untuk pelbagai kegunaan lain bagi mengubati penyakit.

inilah rupa buah nona.


Selalunya buah nona dimakan secara segar dan isinya diambil untuk dijadikan sebagai jem,jeli dan juga aiskrim.Selain daripada itu,dipercayai bahawa air rebusan daun nona kebiasaanya diminum bagi tujuan merangsang kelancaran haid ,merawat selsema,mengeluarkan angin daripada perut selain dijadikan sebagai pencuci mulut bagi rawatan kesakitan pada bahagian kerongkong.

Air rebusan buah nona juga sesuai dijadikan sebagai air mandian untuk kanak-kanak yang sentiasa gelisah dan juga merawat sakit otot jenis reumatisme pada orang dewasa.

Daunnya juga elok dijadikan seperti teh herba yang diminum untuk  membersihkan air kecil,merangsang sistem penghadaman serta mengeluarkan angin daripada dalam perut dan juga usus.

Malah dipercayai air rebusan bahagian daun,kulit kayu serta buah muda nona dijadikan sebagai minuman untuk perawatan bengkak pada usus besar.

Jika daunnya ditumbuk lumat,ia mampu mengurangkan ulser serta kudis atau bisul berpanjangan dan juga sakit kepala dengan cara menampalnya pada bahagian terbabit.

Daun nona yang diramas elok diletakkan berdekatan dengan hidung bagi menyedarkan kembali orang yang mengalami pitam.

Manakala,bahagian kulit serta akarnya dipercayai julap yang sangat kuat.

Sekiranya anda terseliuh,tampal sahaja isi  nona yang sudah masak kerana dipercayai ia dapat mengurangkan kesakitan.

Manakalan buah yang belum masak biasanya dikeringkan serta ditumbuk halus dijadikan sebagai perangsang muntah.

Buah nona juga mengandungi vitamin B1dan C,tanin,kalium,dan anonain yang bersifat insektisid.

Terdapat aktiviti antitumor ditunjukkan menerusi ekstrak daripada batang dan daun buah nona.Oleh sebab biji buah  nona yang dihancurkan bersifat toksik,sekiranya termasuk ke dalam mata ,ia  boleh menyebabkan kebutaan.

** Ibu hamil tidak sesuai makan buah nona ok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...