'sihat dan cantik pilihan saya: mitos penyusuan bayi'
Showing posts with label mitos penyusuan bayi. Show all posts
Showing posts with label mitos penyusuan bayi. Show all posts

mitos penyusuan bayi

Menyusukan bayi tidaklah sukar tetapi ia akan menjadi lebih rumit apabila pelbagai 'nasihat' yang mengelirukan terutama kepada yang baru pertama kali bergelar ibu.
Percaya atau tidak antara tips kejayaan penyususuan adalah bergantung kepada kekuatan mental ibu itu sendiri.
Hanya ibu yang memahami kesihatan tubuh badannya mampu untuk memberikan yang terbaik.Ini adalah kerana ada kalanya campur tangan orang sekeliling boleh menyumbang kegagalan penyusuan.

Jadi,apa kata anda teruskan membaca agar anda tidak keliru.



M : Susu tidak mencukupi untuk hari-hari terawal kelahiran.
F : Kebiasaan untuk hari-hari terawal kelahiran,terutama buat ibu yang pertama kali bersalin,bayi akan menghadapi masalah 'latching'.Pengeluaran kolostrum pada hari-hari awal kelahiran lebih dari mencukupi untuk perut bayi.Dapatkan bantuan jururawat yang bertugas untuk membantu anda menyusu dengan betul.



M : Ibu perlu membasuh puting payudara setiap kali selepas penyusuan.
F : tidak perlu .Ini akan menyebabkan kesakitan semasa penyusuan kerana air basuhan akan menghilangkan pelembab semulajadi yang melindungi puting susu ibu.

M : Minum air yang banyak akan meningkatkan pengeluaran susu.
F : Betul.minum air yang mencukupi sangat penting kepada ibu yang menyusu untuk menggantikan air yang keluar dari badan kita.Air yang tidak mencukupi menyebabkan badan kekurangan air dan mengganggu tahap pengeluaran susu.Tetapi jika anda telah minum mencukupi,pertambahan kuantiti air dalam badan tidak akan membanyakkan susu anda.Amalkan minum segelas air selepas penyusuan.




M : jumlah susu yang dipam menjadi petunjuk jumlah susu yang badan kita hasilkan.
F : Pengeluaran susu menggunakan 'breast pump' tidak sebaik apa yang payudara dapat lakukan melalui proses penyusuan secara terus.Jumlah susu yang berjaya dipam juga berbeza mengikut individu.Sekiranya ibu merasakan susu yang dipam tidak cukup,tetapi bayi membesar,buang air kecil dan besar dengan normal,usah risau.Badan anda lebih mengetahui susu yang diperlukan oleh bayi.




M : Ibu perlu berhenti menyusukan anak jika mengandung.
F : Tidak benar.Bergantung kepada kesanggupan dan tahap kesihatan ibu untuk menyusukan anak.Dapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai masalah kesihatan.


M : Jika bayi cirit birit atau muntah,ibu perlu menghentikan penyusuan.
F : Ubat terbaik untuk jangkitan usus bayi adalah penyusuan susu ibu.Hentikan makanan lain buat sementara tetapi teruskan penyusuan.



M : Menyusu menyebabkan payudara kendur.
F : Payudara kendur disebabkan oleh bertambahnya usia dan kehamilan.Bukan kerana menyusukan bayi.

M : Payudara kecil,tidak dapat menghasilkan banyak susu.
F : Payudara kecil dan besar sama-sama mampu menghasilkan susu.Pengeluaran susu tidak bergantung kepada saiz payudara anda.

Sesungguhnya susu ibu adalah susu yang terbaik buat si manja anda ! Dengan susu ibu,kita xperlu risau susu tersebut dijangkiti bakteria,terlalu panas,terlalu sejuk atau yang seangkatan dengannya.


Jangan x tahu shaklee juga menyediakan set breastfeeding untuk anda ! ^_^

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...