'sihat dan cantik pilihan saya: Masker esp & vitamin c'
Showing posts with label Masker esp & vitamin c. Show all posts
Showing posts with label Masker esp & vitamin c. Show all posts

masker home made vitamin c dan esp shaklee

Assalamualaikum semua..

Jerawat dan kulit muka memang tak dapat dipisahkan!Rasanya itulah perumpamaan yang sesuai..ececece...^_^

Masa raya haji baru-baru ini saya,suami dan iman berkesempatan balik beraya dengan keluarga sebelah utara.

Alhamdulillah selamat pergi dan selamat balik semula ke Terengganu.

Memang perangai saya,bila berjalan jauh,kebersihan muka akan saya abaikan ^_^.
Setakat cuci muka jer.Masker memang saya takkan bawa.Apatah lagi penyegar semua tu.

Bila berjalan jauh,terdedah dengan habuk,debu dan asap merupakan perkara biasa.Jerawat pun mulalah menonjolkan dirinya setelah sekian lama menyepi.

Kalau sebelum ini saya pernah pos tentang masker vitamin c,kali ini lain sikit intipatinya.Oleh kerana tidak tahan dengan masker vitamin C sahaja,kali nie saya cuba campurkan dengan esp pulak.

Dan hasilnya tersangatlah Awesome!

Macam mana nak buat masker esp dan vitamin C?

Mula-mula,ambik vitamin c dan anda boleh patahkan kepada 2 atau 3 bahagian.Saya ambik sebiji terus ^_^.

Letakkan vitamin c dalam lesung batu dan tumbuk sampai lumat Sebelum guna untuk tumbuk vitamin c tu,pastikan lesung bersih dan suci dulu taw.Bayangkan kalau ada saki baki sambal belacan dalam lesung tu,jenuh meraung pulak nanti :)

Masukkan esp ke dalam piring kecik.Sukatannya macam mana?saya hanya gunakan 2 sudu teh esp sahaja.Itupun sudah melebihi keperluan diriku ini.Jadi,nak sedang elok esp tu cuma gunakan 1 sudu teh je dah cukup.

Ok,vitamin c pun sudah lumat,kaut dan masukkan ke dalam bekas esp tadi.

Anda diberi pilihan sama ada nak bancuh masker ini dengan menggunakan yogurt asli ataupun air suam.

Saya hanya gunakan air suam.

Bancuh bagi pekat ok.Kemudian sapulah masker tersebut ke muka anda.

Masker vitamin c dan esp
Selepas masker telah kering,bilas dengan air sehingga wajah anda bersih.

Hasilnya???

Anda akan rasai perbezaannya!Kulit muka terasa lebih lembut dan gebu.Tak percaya?

Cubalah sendiri!Belum cuba belum tahu.Dah cuba confirm akan jatuh cinta ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...