'sihat dan cantik pilihan saya: cara mengurangkan rasa masin dalam masakan.'
Showing posts with label cara mengurangkan rasa masin dalam masakan.. Show all posts
Showing posts with label cara mengurangkan rasa masin dalam masakan.. Show all posts

masakan anda terlebih masin? | Petua hilangkan rasa masin masakan.

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya nak kongsikan sedikit petua dapur untuk semua.

Mesti anda pernah mengalami situasi di mana masakan anda terlebih masin bukan?Nak buang,sayangnya makanan tu ! Tapi,tak kan la nak telan jugak masakan yang masin tu?

Jangan risau,jangan gundah gulan ok.In shaa ALLAH ada jalannya untuk anda semua supaya masakan yang anda masak tu selamat masuk ke dalam perut ^_^.

Tak baik membazir,membazir itu amalan syaitoon...

Petua hilangkan rasa masin dalam masakan.

Saya juga mengalami situasi begini beberapa hari lepas.Dalam kesibukan mengemas rumah untuk berpindah,dengan kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan.Apabila badan tak berapa nak sihat,deria rasa pun dah tak berapa nak berfungsi dengan baik.Mula-mula rasa tak masin,tambah lagi garam dalam masakan.Rasa lagi sekali,Tak cukup masin.Tambah lagi 1 sudu dan akhirnya bila rasa nak telan pun tak tersangkut di tekak.Masin yang amat !!

Jadi,apa yang saya buat?Anda cuma perlukan beberapa biji ubi kentang sahaja.


Kupas kulit ubi kentang kemudian masukkan ubi kentang yang dibelah dadu ke dalam masakan anda.Ubi kentang ini berfungsi untuk menyerap rasa masin yang berlebihan dalam masakan anda.

Petua lain untuk menghilangkan rasa masin dalam masakan.

Ataupun,jika anda tiada stok ubi kentang di rumah,anda juga boleh menggantikannya dengan timun.Potong timun secara memanjang dan masukkan ke dalam masakan anda selama beberapa minit.

Cubalah !!! Anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya ^_^.

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...