Terdapat beberapa faktor yang perlu anda ambil kira sebelum membuat pilihan membeli sesebuah pam menyusu.Antaranya adalah :
Harga
Pam manual atau pam bateri adalah pilihan bijak dan terbaik jika sukar mendapatkan bekalan elektrik,
Berat dan saiz
Saiz dan berat pam adalah perkara penting yang wajib diambil kira.Seeloknya pilih pam yang ringan dan kecil agar ia mudah disimpan dan dibersihkan tanpa mengira tempat.
Bunyi
Perlu anda ketahui,pam payudara yang berkualiti tidak akan mengeluarkan bunyi yang kuat.Jadi,ini memudahkan kerja anda untuk mengepam susu tidak kira di tempat kerja mahupun sebelah bayi yang senang tidur lena!
Mudah Digunakan
Anda mungkin akan kerap mengepam sekurang-kurangnya 3 jam sehari.Jadi pilih pam yang senang digunkan dan tidak mengambil masa yang lama untuk dipasang dan disimpan.
Ketahanan
Pastikan pam yang dipilih boleh bertahan lama kerana ia merupakan satu pelaburan.Jika memilih pam eletrik,ciri utama yang perlu dititikberatkan adalah motornya.Pilih pam yang bersesuaian dengan kekerapan anda mengepam.
Cara Mengepam
Pilihlah pam yang berupaya mengepam kedua-dua belah payudara anda pada waktu yang sama seandainya nada tidak mempunyai banyak waktu.Anda akan dapat pam susu dalam waktu yang singkat.
Aras Kelajuan
Lihat aras kelajuan yang antaranya adalah laju,sederhana dan perlahan.Anda boleh menukar aras kelajuan daya hisapan sekiranya anda mengalami sakit pada payudara.
Buatlah pilihan mengikut bajet dan kesesuaian anda.Moga-moga bayi anda dapat disusui sehingga berumur 2 tahun.BAnyak sebenarnya kebaikan susu ibu.Anda bolek klik :
$$ tips merealisasikan penyusuan susu ibu
$$ mitos penyusuan susu ibu
Pilihlah pump yang bersesuaian dengan anda.
ReplyDelete