Ok,tak nak buang masa,saya nak kongsikan resepi dengan anda semua.Resepi apa?jeng..jeng...jeng...
Resepi nasi udang berempah
Bahan-bahannya adalah :
♥ beras (ikut bilangan ahli keluarga anda)
♥ udang saiz sederhana - 1 kg
♥ 1 tin susu cair - 390 g
♥ 2 helai daun pandan - disimpul
♥ 1 tangkai daun kari
♥ 3 sudu besar rempah kari ikan
♥ rempah 3 sekawan - kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih.
♥ sedikit serbuk kunyit
♥ sedikit garam
Bahan B
☆ 2 biji bawang merah -kisarkan
☆ 8 ulas bawang putih - kisarkan
Cara memasak
○ udang dibuang kepalanya.basuh bersih-bersih.
○ letakkan dalam penapis buat seketika agar sejat air.
○ masukkan sedikit kunyit dan garam.Gaulkan agar sebati.
○ masukkan sedikit minyak ke dalam kuali.Gorengkan bersama daun kari.Tapi jangan goreng terlalu lama ok.Agak-agak udang dah bertukar warna menjadi kemerahan sudah cukup.Kalau masak terlalu lama,udang akan menjadi keras dan rasanya pun kurang enak.
Ok,done masak udang.sekarang kita beralih cara nak masak nasi berempah pula.
Sementara itu,di dalam kuali lain...
1.Masukkan minyak dalam kuali.Apabila minyak dah panas,masukkan bahan yang telah dikisar.
2.masukkan daun pandan yang telah disimpul bersama rempah 3 sekawan.
3.kemudian masukkan rempah kari ikan.
4.agak-agak dah masak rempah tu masukkan pula susu cair.
5.masukkan sedikit serbuk kunyit.Biarkan masak seketika..tutup api.
Dalam periuk :
1.Basuh beras.
2.Masukkan bahan2 yang ditumis tadi.
3.Tambahkan sedikit air.
Macam saya buat,guna beras 3 cawan..masukkan bahan tumis,tambah oula air 3 cawan.Kalau tak ditambah air memang nasi akan jadi mentah.
Nak senang lagi,masukkan jer dalam periuk eletrik...Bila nasi dah masak masukkan udang yang telah digoreng tadi.
Tadaaa..dah siap pun nasi udang berempah saya.
Nasi udang berempah. |
Nak sedap lagi,tambahkan lobak merah yang telah disagat halus memanjang.
Sedap dimakan bersama dalca buah dan ayam masak merah.
Resepi dalca utara :
● buah nenas
○ timun
○ cili besar
○ carrot
○ cuka.
Potong buah mengikut kesesuaian.Cili potong kecil memanjang.masukkan cuka dan sedikit garam..siap!
Oleh kerana saya bukanlah penggemar sayur,itulah hasilnya. ;) Buat yang mana ada dalam peti jer.