'sihat dan cantik pilihan saya: atasi kembung perut bayi'

atasi kembung perut bayi

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis entry baru walaupun berada di luar kawasan. :) ALLAH permudahkan semuanya.Alhamdulillah.

Baiklah,di pagi yang tenang dan damai ini saya akan berkongsi sedikit petua tradisional untuk mengatasi kembung perut bayi.

Bayi menangis,meraung dan melalak adalah perkara biasa sekiranya perutnya kembung atau orang tua-tua cakap masuk angin.Saya dulu,blur,tak tahu nak buat apa.Yelah,saya tinggal berasingan dengan keluarga sendiri dan keluarga mertua.Anak sulung pulak tu,mau tak kalut (loqhat kedah).

Apa petuanya?
senang jer,kalau sapu minyak telon pun bayi masih lagi menangis ,anda perlu sediakan :

  •  beberapa helai daun sirih. 
  • batu tungku


Cara-caranya adalah :

  • panaskan batu tungku tersebut dia atas api dapur buat seketika.
  • Apabila batu tungku tersebut sudah panas,tekapkan daun sirih pada batu tungku tersebut.
  • Tapi jangan tekapkan terlalu lama,nantikan daun sirih tu terlalu panas.
  • Tuam di sekitar perut bayi.
  • Buat berulang kali sehingga bayi anda kelihata lebih selesa atau menangisnya sudah berkurangan.
Sekian. ;)


1 comment:

  1. terima kasih atas perkongsian ini..
    http://bit.ly/1upqQjw

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...