Semua individu tak mengira lelaki mahupun perempuan inginkan perut yang kempis dan ramping.Siapa yang nak kan perut buncit dan mengelebeh kan?Saya pun tak nak :)
Lemak di perut merupakan organ yang paling bahaya.Ini terjadi apabila kita makan dengan banyak,kalori yang berlebihan akan tersimpan sebagai lemak di seluruh tubuh.Paling banyak adalah di bahagian perut.Apabila lemak berada di bahagian perut,ia akan berubah menjadi organ.
Lemak di perut akan merembaskan bahan inflamasi bertoksik.Ia akan menjadi pencetus interaksi yang rumit di mana kesannya boleh melemahkan jantung, merosakkan salur darah, dan melemahkan sistem imun.
Dan paling merumitkan adalah sekiranya berat badan akan bertambah,maka jangka hayat anda juga semakin pendek.
Di sini saya nk kongsikan tips untuk hilangkan lemak di perut.
» jangan skip ambil sarapan.
» makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit.
» ambil lebih serat.
» kurangkan pengambilan gula ringkas.
» makan lemak yang sihat
» bijak memilih ketika makan di luar.
Hakikatnya kita mestilah makan mengikut keperluan tubuh badan kita bukannya ikut nafsu :)
Apabila tubuh badan sihat,kesihatan akan sihat dan secara tidak langsung mood kita juga sentiasa stabil dan ceria selalu :)