'sihat dan cantik pilihan saya: anak derhaka bukti dunia akhir zaman'

anak derhaka bukti dunia akhir zaman

Assalamualaikum semua..

Entah kenapa tiba-tiba terlintas di hati untuk kupaskan tentang isu anak derhaka ini.Anak derhaka,kalau zaman dulu orang cukup gerun bila sebut anak derhaka.Tapi,zaman sekarang kan zaman milenium,rasanya tak hairan dah kot dengan gelaran 'anak derhaka' tu.Kalau tak,masakan terpampang di muka depan akhbar 'anak pijak kepala bapa gara-gara khayal hisap gam'?

Dunia oh dunia...



Alangkah ruginya hidup seorang anak derhaka tidak kira di dunia yang fana ini mahupun di akhirat kelak.Ya,mungkin si anak menantu hidup senang lenang,tapi percayalah ALLAH itu maha ADIL.Tak mustahil suatu hari nanti,anak anda juga akan mengikut jejak anda.

Sebenarnya setiap insan yang bergelar ibu dan bapa melalui saat pahit dan manis dalam membesarkan anak-anak.Bermula dari si anak keluar dari ibu,ibu dan bapa akan pastikan memberi yang terbaik.Pakaian serba baru,pampers dan segala kelengkapan.Bila tiba waktunya,si anak bersekolah.Bapa bertungkus lumus mencari wang,untuk berikan pendidikan pendidikan yang sempurna di samping mencari rezeki untuk anak isteri.TETAPI adakah kita insan yang tahu bersyukur?Apabila mintak duit pada mak bapa,mereka jawap 'kami tiada duit nak'..Adakah kita akan memahami keadaan dan kesusahan mereka?Memberontak lagi ada la kot!Silap hari bulan ugut nak keluar rumah!

Ketahuilah wahai anak-anak semua,sebenarnya mencari duit,mengejar duit memang memenatkan.Ibu bapa mana yang nak anak-anak mereka lalui dan jejak ikut langkah mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan?Semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Tugas mendidik anak-anak juga bukanlah sesuatu yang mudah.Nak marah sayang anak,tak nak emosi anak terganggu dan sebagainya.Risau pembelajaran anak terganggu kononnya.Tapi bila besar,anak-anak lupa daratan.Ibu bapa jadi hamba anak.Dunia oh dunia.

Anak-anak umpama kain putih.Menjadi tugas ibu dan bapa bagaimana mahu mencorak dan mewarnainya!Tapi ketahuilah anda semua,tugas mendidik anak untuk menjadi seorang insan yang berguna,insan dambaan syurga adalah sangat berat.Bermula dari alam rahim perlu bermulanya proses pendidikan.

Anak lelaki tanggungjawabnya pada ibu bapa adalah seumur hidup.Biarpun sudah beristeri,beranak pinak,jangan sesekali lupakan tanggungjawab anda.Saya pernah melawat rumah orang-orang tua di Perlis suatu ketika dulu.Ada seorang nenek nie cakap sambil kesat air mata.Katanya,anak menantu kerja besar (berjawatan tinggi),tapi tiada masa nak jenguk tok disini.Mereka hanya kirimkan duit.Tok dah tua,tok dah tak perlukan duit,tok cuma harap mereka berikan kasih sayang dan perhatian je.Seorang ibu mampu dan sanggup menjaga 10 orang anak,tetapi 10 orang anak belum tentu mampu nak jaga seorang mak.Mungkin kalau ego kita tinggi,kita akan cakap ishhh...

Cuba kita bayangkan,bila kita tua nanti.Anak-anak akan hantar kita ke rumah orang tua-tua dengan alasan 'saya sibuk la mak!'.Tinggikan suara pada kita seolah-olah kita ini manusia tiada harga dan nilai di matanya.Pada waktu itu,sanggupkah kita hadapinya atau kita hanya mampu menangis?

Ibu bapa adalah insan yang paling berjasa dalan hidup kita.Segala penat lelah mereka hanyalah untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak.Kita sebagai anak,jagalah hati mereka sebaik mungkin.Nikmati kasih sayang mereka sepenuhnya sebelum kita dimiliki,sebelum ALLAH menjemput mereka pulang kembali ke sisi-NYA.Sesungguhnya apabila kita kehilangan mereka,rasa kehilangan itu sukar untuk diungkap dengan kata-kata.

Air mata ibu lebih berharga dari segala-galanya.Kasih ibu membawa ke syurga,kasih bapa tiada penghujungnya.Tertutupnya mata seorang ibu bererti kita kehilangan sebutir permata yang berharga.Hilangnya doa dari seorang insan yang mustajab doanya.

Wu ALLAH wu alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...