Masalah ruam lampin bukanlah sesuatu yang luar biasa jika berlaku pada kulit bayi.Ia lazimnya berlaku pada bayi yang memakai lampin terlalu lama kerana tindak balas air kecing.
ruam lampin |
Ini kerana apabila ruam tersebut sudah melarat,bayi akan mula memerap,merengek dan sebagainya.Kita sebagai ibu bapa turut akan merasa tempiasnya.Masa untuk melakukan pelbagai kerja teramatlah terhad.Mencegah lebih baik dari mengubati kan..? ^_^
Faktor bayi mendapat ruam lampin
- kulit yang sensitif dan mudah terkena jangkitan kuman.
- bayi dibiarkan memakai lampin yang kotor terlalu lama.
- tukar lampin tanpa membasuh punggung dan alat kelamin bayi.
Kegatalan pada kulit bayi berlaku apabila bahan kimia dalam air kecing mula dipecahkan oleh kuman-kuman.
Jenis Ruam Lampin
- Ruam Biasa - Bintik-bintiknya nipis,kemerahan dan keradangan.Kadang-kala mengelupas.
- Interrigo : ruam yang lebih spesifik yang turut berlaku di bahagian pelipat.
- Ruam Kulat : kulat daripada usus boleh menyerang kulit yang sudah dijangkiti.Disebabkan oleh penggunaan antibiotik atau ruam lama.
- Impetigo : disebabkan oleh bekteria menyerang kulit yang telah rosak.
- Seborrhea : radang boleh merebak ke bahagian badan yang lain terutama sekitar kawasan lampin.
Langkah untuk memastikan ruam tidak berulang
- Bersihkan bahagian punggung dan sekitarnya dengan menggunakan air setiap kali menukar lampin.Lap sehingga kering.
- Pastikan kawasan lampin sentiasa kering.
- Bebaskan anak tanpa memakai lampin.Tapi pastikan anda melapik dengan pelapik kalis air.
- Tukar jenama lampin atau pampers
- Tukar lampin dengan lebih kerap,sekurang-kurangnya 3 atau 4 jam sekali.
- Latih anak yang berusia 2 tahun ke atas untuk membuang air di tandas.
Krim untuk ruam lampin
Zinc Oxide : untuk ruam yang sederhana.
Clotrimazole anti fungal cream : untuk ruam yang lebih tebal dan serius.
Acid Mantle : untuk ruam sederhana
Satu lagi petua orang tua-tua,sapu tepung ubi pada ruam bayi.Ini adalah kerana tepung ubi bersifat menyerap cecair atau air.