'sihat dan cantik pilihan saya: teknik mengepam untuk hasil yang optimum'

teknik mengepam untuk hasil yang optimum

Para ibu yang hamil kali pertama pasti terfikir bagaimana caranya nak pam susu selepas dah bersalin nanti bukan?.Pam susu untuk simpanan atau stok adalah perkara biasa untuk-untuk ibu bekerjaya.Mungkin mereka mempunyai alasan yang tersendiri.Nak jimat duit mungkin salah satu sebabnya,mungkin!.Tapi kebanyakan para ibu sekarang lebih tahu apa yang terbaik untuk si comel mereka.Susu ibu adalah susu yang terbaik di dunia.

Dari segi kebersihan,khasiatnya dan rasanya adalah sangat berbeza jika nak dibandingkan dengan susu formula,susu kambing atau susu lembu.

Ok,kali nie saya tak nak mengulas tentang kebaikan susu ibu,saya nak ulas tentang teknik mengepam hasil yang optimum.

Ada dua teknik untuk mengepam susu iaitu :

  • gunakan pam susu
  • guna tangan

Pam susu

Pam susu terbahagi kepada 2 iaitu pam automatik (menggunakan tenaga eletrik @ bateri) dan pam susu manual.

Pam automatik lebih menguntungkan berbanding dengan pam manual.Ini adalah kerana :





  • tidak menyakitkan - kerana kita suction (sedutan) boleh dikawal.Nak laju atau perlahan.
  • jimat masa - sambil pam boleh buat kerja lain.
  • ada urutan - untuk merangsang pengeluaran susu yang lebih banyak.
  • tidak melenguhkan tangan.
  • komponennya yang kurang berbanding pam manual
Tetapi sesetengah pam eletrik @ bateri ini menghasilkan bunyi yang agak menarik perhatian.Dan agak berat kerana kebanyakan menggunakan motor.

Pam manual.



Pam manual jugak ada faedahnya.Antaranya adalah :

  • ringan
  • boleh pam di mana-mana sahaja.
  • tidak menghasilkan bunyi yang menarik perhatian orang.
  • tahan lebih lama.
Tetapi menggunakan pam manual perlukan kesabaran yang tinggi.Ini adalah kerana lenguh tangan merupakan perkara biasa jika menggunakan pam manual,

Bagi ibu-ibu yang takut untuk menggunakan 'pam susu' atas alasan yang tertentu,anda boleh gunakan teknik 'marmet' atau lebih dikenali teknik dengan menggunakan tangan.

Teknik ini begitu menjimatkan terutamanya dari segi wang.Yelah,hanya gunakan tangan sahaja. ^_^.

Sedikit maklumat untuk anda melakukan teknik marmet.

langkah 1



Buat pegangan C lebih kurang 1 cm dari kawasan aerola (kawasan gelap) .Ibu jari letakkan di bahagian atas dan jari telunjuk dan jari tengah di kawasan bawah.Ini adalah bertujuan untuk  menampung payudara.

Langkah  2

Tekan payudara ke arah dada secara lembut.

Langkah 3

Picit ibu jari dan jari tengah dan jari telunjuk bagi menggalakkan susu keluar.
Lepas dan ulang semula teknik yang sama . Ulang langkah 1 -3 sehingga susu yang keluar berkurangan.

Langkah 4

Kemudian,ubah ibu jari ke posisi 11,10,9,8,dan 7 manakala jari telunjuk dan jari tengah jam 5,4,3,2, dan 1.Ulang langkah yang sama sehingga anda yakin payudara telah kosong.

ELAKKAN

X Jangan tarik puting kerana boleh merosakkan tisu payudara.
X Jangan picit puting payudara kerana boleh menyebabkan lebam.
X Jangan geselkan tangan ke payudara kerana ia boleh menyebabkan payudara anda melecet.

Hakikatnya,pam susu untuk stok EBM menggunakan pam automatik atau pam manual atau teknik marmet mempunyai kelebihan dan kekurangannya.Buatlah pilihan yang tepat dan mengikut pilihan anda.

Susu badan merudum?Tapi kekurangan bajet ? sila <  klik set bajet menyusu >

1 comment:

  1. tq sis utk info ttg penyusuan.. teknik mengepam mmg sgt penting!!

    jemput singgah blog saya..



    http://mommydarwisya.blogspot.com/2014/09/testimoni-mealshake-collagen-powder.html?m=1

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...